Aktiviti : Sukan Indoor Merdeka Tahun 2025
Tarikh : 1.9.2025 Isnin
Masa : 8.30 pagi - 1.00 tgh
Tempat : Balai Raya Kg Beringin
Sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia pada tahun ini, JPKK Kg Beringin bersama Komuniti MADANI Kg Beringin telah menganjurkan Sukan Indoor Merdeka Tahun 2025. Program yang pertama kali diadakan ini telah mendapat sambutan menggalakan daripada Warga Kg Beringin dan Taman Inang Sari dengan kehadiran lebih daripada jangkaan.
Aktiviti dimulakan dengan pendaftaran para peserta bagi pertandingan yang dijalankan iaitu dam haji, karom, batu seremban, congkak, dart serta pertandingan mewarna kategori kanak kanak dan dewasa. Pertandingan telah dimulakan secara serentak dan berakhir sekitar jam 11.00 pagi. Seterusnya satu taklimat telah disampaikan oleh Pegawai Penerangan Daerah Alor Gajah mengenai tanggungjawab kita sebagai Rakyat Malaysia untuk mengetahui cara menggantung serta menggunakan Jalur Gemilang dengan betul.
Majlis Perasmian Penutup program diadakan pada jam 11.30 pagi dan disempurnakan oleh YB Datuk Zahari bin Abd Kalil, ADUN Durian Tunggal. Majlis ini turut menampilkan persembahan sajak dan pentomen dari pelajar pelajar SK Parit Melana dan diakhiri dengan nyanyian lagu Jalur Gemilang secara beramai ramai.
Sila klik disini untuk Galeri penuh dilaman facebook.


