Balai Raya Kg Beringin

Balai Raya Kg Beringin yang baru telah didirikan pada sekitar tahun 2007 di dalam kawasan perkarangan masjid dengan peruntukan sebanyak RM80,000-00. Lokasi asalnya telah ditukar memandangkan kedudukannya adalah sangat berbahaya dari segi keselamatan kerana terletak di tepi selekoh jalan. Balai Raya baru Kg Beringin telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka pada ketika itu, Datuk Seri Hj Mohd Ali bin Mohd Rustam. Balai Raya ini telah menjadi pusat aktiviti masyarakat Kg Beringin dan sering juga digunakan oleh jabatan jabatan kerajaan bagi mengadakan seminar dan sebagainya.


Share:

UCAPAN PENGERUSI JPKK

LOGO DAN MOTTO

LAGU KG BERINGIN