Aktiviti : Majlis Dialog KESSA
Taraikh : 31 Mei 2024 Jumaat
Masa : 8.30 pagi - 12.00 tgh
Tempat : Balai Raya Kg Beringin
Satu Majlis Dialog diantara Kelompok Pesawah Kg Beringin dan pengusaha tanaman kontan bersama dengan agensi kerajaan telah diadakan di Balai Raya Kg Beringin. Diantara jabatan dan agensi yang hadir adalah Jabatan Parit & Saliran (JPS) Malaysia, JPS Melaka, JPS Daerah Alor Gajah, Badan Kawal Selia Air Melaka (BKSA), Syarikat Air Melaka dan Jabatan Pertanian Negeri Melaka.
Majlis telah dimulakan dengan taklimat mengenai Kesedaran Sumber Air (KESSA) dan NAWABS (National Water Balance Management System) oleh wakil dari JPS Malaysia dimana para hadirin diberi penerangan tentang fungsi dan operasi rumah pam NAWABS yang terdapat di Kg Pantai Belimbing.
Seterusnya majlis dialog telah dibuka dengan beberapa soalan telah diajukan oleh hadirin mengenai beberapa isu yang melibatkan pesawah Kg Beringin. Diantara isu yang dibagkitkan ialah mengenai banjir yang sering melanda dan merugikan pesawah dan mereka berharap Jabatan Parit & Saliran mengambil serius bagi menangani masalah ini. Majlis diakhiri dengan mengadakan lawatan ke Rumah Pam Skim Pantai Belimbing.
Program ini turut dihadiri oleh YB ADUN Durian Tunggal yang telah menyampaikan ucapan perasmian bagi program ini.
Sila klik disini untuk Galeri Penuh dilaman Facebook.