April 02, 2025
 Rabu - 2 April 2025 @ 3 Syawal 1446H

ZIARAH MAHABBAH MENJELANG SYAWAL

 Aktiviti  : Ziarah Mahabbah Menjelang Syawal - santuni Anak Yatim
Tarikh   : 23.3.2025  Ahad
Masa  : 10.00 pagi
Tempat : Rumah ke Rumah Penerima Sumbangan

Satu program menyantuni anak yatim Kg Beringin dan Taman Inang Sari telah diadakan anjuran bersama JPKK Kg Beringin dan Lembaga Masjid An-Nur Kg Beringin. Aktiviti ini bertujuan untuk memberi sumbangan kewangan bagi membantu anak anak yatim ini membuat persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidil Fitri yang bakal tiba tidak lama lagi.
Seramai 15 orang anak yatim telah dikunjungi oleh pihak JPKK Kg Beringin dan Lembaga Masjid An-Nur Kg Beringin yang diketuai oleh Pengerusi JPKK Kg Beringin serta Pengerusi Lembaga Masjid An-Nur Kg Beringin bersama barisan Ahlijawatankuasa. Kesemua anak anak yatim ini menerima sumbangan wang tunai sebanyak RM 200.00 serta barangan makanan bernilai RM50.00
Semoga usaha ini sedikit sebanyak akan menceriakan anak anak ini didalam menyambut Aidilfitri pada tahun ini.

Sila klik disini untuk Galeri penuh dilaman Facebook.



Share:

Related Posts:



UCAPAN PENGERUSI JPKK

LOGO DAN MOTTO

LAGU KG BERINGIN