PERTANDINGAN MEMASAK DAN MEWARNA

Aktiviti : Pertandingan Memasak "Campak2 Siap" dan Mewarna "Back 2 Kids"
Tarikh   : 29 Jun 2025  Ahad
Masa    : 8.00 pagi - 12.00 tgh
Tempat : Balai Raya Kg Beringin
 
Program Pertandingan Memasak dan Mewarna anjuran bersama Biro Hal Ehwal Wanita & Keluarga  JPKK Kg Beringin,  Komuniti Madani Kg Beringin bersama KRT Taman Inang Sari dan Belia 4B Kg Beringin  telah berlangsung dengan jayanya bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Program ini telah dirasmikan oleh Tetamu Kehormat, YB ADUN Durian Tunggal, yang turut memberikan kata-kata semangat kepada para peserta dan penduduk yang hadir.

Seramai 10 kumpulan wanita telah mengambil bahagian dalam pertandingan memasak yang mengetengahkan kreativiti masakan berasaskan mee..

Pertandingan Mewarna untuk  kanak kanak turut diadakan dan berlangsung dalam suasana ceria dan penuh warna-warni. Sementara itu, seramai 10 orang peserta dewasa juga turut  mengambil bahagian, menunjukkan minat dan bakat dalam seni mewarna dalam pertandingan mewarna kategori dewasa..

Seterusnya, Taklimat bertajuk “Kesedaran Jenayah Siber” telah disampaikan  oleh  Encik Khairul Annuar bin Zulkernain, Pegawai Penerangan Daerah Alor Gajah bagi memberikan pendedahan kepada masyarakat tentang risiko dan langkah-langkah pencegahan jenayah dalam talian.
 
Program ini turut menyediakan sebanyak 40 hadiah cabutan bertuah yang merupakan tiket masuk ke Famosa Waterworld, Air Panas Gadek, Menara Taming Sari, sungai Melaka, beberapa barangan elektrik dengan hadiah utamanya adalah penginapan 1 malam di MITC Hotel Melaka.

Program ini telah berjaya mencapai objektif dalam merapatkan silaturahim sesama komuniti, mencungkil bakat, serta memberi pendedahan maklumat yang berguna kepada penduduk.

Program berakhir tepat jam 12.00 tengah hari dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang
 
Sila klik disini untuk galeri penuh di laman facebook.





 
Share:


UCAPAN PENGERUSI JPKK

LOGO DAN MOTTO

LAGU KG BERINGIN