Syukur Alhamdulillah, setelah begitu lama menanti akhirnya impian pihak JKKK Kg Beringin untuk mewujudkan satu pusat perniagaan bagi Warga Beringin akhirnya terlaksana dengan terbinanya Anjung Niaga JKKK Kg Beringin dengan peruntukan sebanyak RM 80,000-00. Anjung Niaga JKKK Kg Beringin dibina apabila Balai Raya lama Kg Beringin diubahsuai menjadi 5 lot kedai melalui peruntukan Pejabat Daerah & Tanah Alor Gajah dan mula disewa pada tahun 2007. Tujuan Anjung Niaga ini diwujudkan adalah untuk memberi peluang kepada Warga Beringin menceburkan diri didalam bidang perniagaan dan seterusnya meningkatkan pendapatan keluarga mereka. Anjung Niaga bukanlah tempat untuk JKKK Kg Beringin 'berniaga' tetapi adalah merupakan tempat bagi memberi ruang dan peluang untuk Warga Beringin berniaga. Sewaan bagi setiap lot hanyalah sebanyak RM100-00 sahaja dan segala pendapatan yang diperolehi akan dimasukkan kedalam Tabung JKKK Kg Beringin dimana ianya akan disalurkan semula kepada Warga Beringin menerusi program program dan aktiviti kemasyarakatan. Peruntukan kewangan dari sumber ini juga diberi kepada pertubuhan lain didalam Kg Beringin untuk bergerak seperti Kelas Tuisyen UPSR, Persatuan Kompang, sumbangan peralatan sekolah kepada pelajar kurang berkemampuan, sumbangan hari raya dan sebagainya. Buat masa kini, terdapat sebuah bengkel besi, sebuah kedai gunting, sebuah kedai perkhidmatan insuran dan sebuah pejabat di Anjung Niaga JKKK Kg Beringin.