April 03, 2025
 Rabu - 2 April 2025 @ 3 Syawal 1446H

REWANG DODOL SEMPENA LEBARAN

 Aktiviti  : Rewang Dodol Sempena Lebaran
Tarikh   :  15 Mac 2025  Ahad
Masa    : bermula 2.00 ptg
Tempat : Perkarangan Zon Futsal Kg Beringin 

JPKK Kg Beringin, Komuniti MADANI Kg Beringin, KRT Taman Inang Sari serta Belia 4B Kg Beringin telah berkolaborasi dalam menganjurkan acara tahunan diperingkat Kg Beringin iaitu mengacau dodol. Acara dimulakan dengan kaum wanita menyediakan ramuan bahan bahan mengacau dodol sementara kaum lelaki menyediakan tungku bagi memasak dodol pada kali ini.

Sebanyak empat (4) kawah dodol telah disediakan dan dimasak secara gotong-royong oleh penduduk kampung. Aktiviti ini melibatkan pelbagai lapisan masyarakat yang bekerjasama dalam proses memasak dodol, dari penyediaan bahan hingga ke proses mengacau yang mengambil masa beberapa jam.

Sebagai pengisian program, Pegawai Penerangan Daerah Alor Gajah, Puan Salina binti Hasan @ Abd Rashid telah menyampaikan taklimat isu semasa mengenai SARA dan beberapa bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada masyarakat terutama golongan B40.

Pengerusi JPKK Kg Beringin yang juga Pengerusi Komuniti MADANI Kg Beringin, En Adam bin Mohd pula telah berkongsi maklumat menerusi taklimat yang berjudul Keselamatan Dalam Talian - Peranan Komuniti.

YB Datuk Zahari bin Abd Kalil, ADUN Durian Tunggal yang hadir dalam program ini turut measihatkan komuniti agar berhati hati ketika menggunakan media sosial dan tidak terjebak dengan scammer yang sentiasa mencari peluang untuk menipu masyarakat.

Majlis diterusnya dengan jamuan berbuka puasa sebaik sahaja azan Maghrib kedengaran. Diantara menu berbuka puasa yang disediakan adalah pisang masak lemak putih, ayam goreng, sambal tumis ikan sardin, telur itik masak lemak, ikan masin dan sambal belacan.

Setelah dodol siap dimasak, ianya dipacking untuk diedarkan pada keesokan harinya kepada seluruh penduduk Kg Beringin dan Taman Inang Sari sebagai tanda penghargaan dan ucapan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. 

Sila klik disini untuk Galeri penuh dilaman Facebook.



Share:

Related Posts:



UCAPAN PENGERUSI JPKK

LOGO DAN MOTTO

LAGU KG BERINGIN