MAJLIS AIDILFITRI KG BERINGIN

 Aktiviti    : Majlis Aidilfitri Kg Beringin
Masa    : 18 April 2025  Jumaat
Masa    : 8.00 malam 
Tempat : Perkarangan Balai Raya Kg Beringin
 
Majlis Aidilfitri Kampung Beringin telah berlangsung dengan jayanya bagi meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama penduduk Kg Beringin dan Taman Inang Sari serta komuniti sekitarnya. Program ini bertujuan merapatkan hubungan silaturrahim antara penduduk kampung serta memberi ruang pemimpin setempat untuk bersama rakyat dalam suasana penuh muhibah.
 
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Imam 2 Masjid An-Nur Kg Beringin sebagai pembuka acara. Sebagai tanda keprihatinan terhadap golongan memerlukan, majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan kepada asnaf oleh YB Datuk Zahari bin Abd Kalil, ADUN Durian Tunggal yang juga merupakan Ketua UMNO Cawangan Kg Beringin. Seterusnya, satu taklimat khas daripada Jabatan Penerangan Malaysia telah disampaikan oleh Puan Salina binti Hasan, Pegawai Penerangan Daerah Alor Gajah dengan tajuk “Waspada Ancaman Scammer” bagi meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap jenayah siber dan penipuan dalam talian.

Majlis diteruskan dengan pemberian duit raya kepada kanak-kanak, yang jelas menggembirakan golongan cilik yang hadir. Pelbagai juadah telah disediakan seperti nasi hidangan utama dan kios makanan seperti roti canai, putu piring, mee goreng dan ais krim yang mendapat sambutan hangat daripada para hadirin.

 Majlis ini telah berjaya mencapai objektifnya dengan kehadiran ramai penduduk kampung dan para jemputan. Sokongan padu daripada semua pihak, terutamanya JAPERUN Durian Tunggal serta kehadiran TYT Yang DiPertua Negeri Melaka dan YB ADUN Negeri Melaka, menyerikan lagi majlis yang penuh harmoni ini. 

Sila klik disini untuk Galeri penuh dilaman Facebook.




Share:


UCAPAN PENGERUSI JPKK

LOGO DAN MOTTO

LAGU KG BERINGIN