Zon Futsal

Zon Futsal Kg Beringin adalah merupakan satu lagi mercutanda yang menjadi kebanggaan Warga Beringin. Bermula sekitar tahun 2007 semasa lawatan YDP Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) ketika itu, Tuan Hj Mustadza bin Abu Bakar telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM20,000-00 bagi membina sebuah gelanggang futsal yang dibina sendiri oleh kontraktor anak jati Kg Beringin iaitu Johari bin Ali dengan harga kos.
Bermula dari situlah, JKKK Kg Beringin terus berusaha untuk mendapatkan peruntukan tambahan agar gelanggang futsal yang dibina secara asasnya sahaja dapat dinaiktaraf dengan kemudahan sebenar sebuah gelanggang futsal.
Akhirnya pada tahun 2009, peruntukan sebanyak RM70,000-00 telah diperolehi dan kemudiannya ditambah lagi sebanyak RM30,000-00 yang mana kesemua peruntukan itu datang dari Pejabat Daerah & Tanah Alor Gajah.
Kini gelanggang futsal ini menjadi sebuah gelanggang serbaguna yang boleh berfungsi untuk permainan lain seperti sepaktakraw, badminton dan bola jaring dan telah menjadi pusat sukan untuk anak anak Kg Beringin. Gelanggang ini dilengkapi dengan padang astrotuf, 6 unit sportlight dan adalah merupakan satu satunya gelanggang futsal yang dimiliki sepenuhnya oleh sesebuah kampung didalam DUN Durian Tunggal manakala 2 buah gelanggang lain yang terletak di Kg Belimbing Dalam dan Kg Bukit Balai adalah dibawah kawalan Jabatan Belia dan Sukan.




Share:

UCAPAN PENGERUSI JPKK

LOGO DAN MOTTO

LAGU KG BERINGIN