Tarikh : 24 April 2022 Ahad
Masa : bermula jam 3.00 ptg
Tempat : Perkarangan Zon Futsal Kg Beringin
Biro Belia, Sukan & NGO JPKK Kg Beringin bersama KRT Taman Inang Sari telah bergabung bagi menganjurkan Program Kacau Dodol & Penyampaian Sumbangan sempena Aidilfitri pada tahun ini.
Program bermula sekitar jam 3.00ptg dimana sebanyak 3 kawah dodol mula di kacau dengan kerjasama mereka yang hadir terutama dari kalangan para Belia Kg Beringin dan Taman Inang Sari. Dengan irama lagu lagu raya yang bergema sepanjang program berlangsung, kemeriahan mengacau dodol amat dirasai oleh para hadirin setelah 2 tahun tidak berpeluang melakukannya akibat pandemik Covid 19.
Pada jam 5.30ptg, YB Senator Datuk Wira Koh Nai Kwong turut hadir bagi memberi sokongan kepada penganjuran program ini. YB Senator ditemani oleh YB ADUN Durian Tunggal serta Pengerusi JPKK Kg Beringin. YB Senator turut bersetuju untuk memberi sumbangan bagi menampung sebahagian daripada kos program ini.
Dalam sessi Penyampaian Sumbangan sempena Aidilfitri, YB Tuan Zahari bin Abd Kalil, ADUN Durian Tunggal yang merupakan anak jati Kg Beringin telah sudi untuk memberi sumbangan peribadi kepada hampir 70 orang penerima sumbangan Warga Kg Beringin dan Taman Inang Sari dari kategori Warga Emas, Warga yg Sakit, Ibu Tunggal serta Anak Yatim. Didalam ucapan ringkas YB, beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih atas doa restu dan sokongan yang diberi oleh penduduk Kg Beringin sehingga beliau berjaya untuk sampai ke tahap kini. YB dan isteri seterusnya turut menjamah juadah berbuka puasa yang disediakan bersama para hadirin setelah tiba waktu Berbuka Puasa. Program Kacau Dodol ini turut dihadiri oleh YB Datuk Ab Wahab bin Ab Latip, Mantan ADUN Durian Tunggal. Program berakhir sekitar jam 11.30 mlm dan agihan dodol dilakukan pada keesokan hari oleh urusetia yang dilantik.
Akhir kalam, JPKK Kg Beringin ingin merakamkan ucapan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN kepada seluruh Warga Kg Beringin dan Taman Inang Sari.
Sila klik disini untuk Galeri Penuh program.