Masjid ANNUR Kg Beringin

Masjid ANNUR Kg Beringin telah dibina diatas tanah seluas 1 ekar yang dibeli dari En Sani bin Dahlan pada harga sekitar RM40,000-00. Masjid ini mempunyai konsep dan struktur yang sama dengan Masjid Negeri Melaka iaitu Masjid Al Azim dan menelan belanja sekitar RM500,000-00. Pada awalnya Kg Beringin hanya mempunyai sebuah masjid kayu yang telah lama digunakan oleh penduduk kampung. Masjid lama tersebut didirikan pada tahun 1917 dan diperbaharui semula pada tahun 1960 dengan derma orang ramai. Apabila keadaan masjid lama itu sudah tidak sesuai lagi digunakan ditambah lagi dengan lokasi masjid yang jauh dari jalan utama, maka Pengerusi JKKK pada masa itu, En Zainal bin Mohd Dom telah mengambil inisiatif dan berusaha tanpa jemu bagi memastikan Kg Beringin mendapat sebuah masjid yang lebih selesa dan dapat menampung jumlah jemaah yang semakin bertambah. Usaha beliau disambung oleh Pengerusi JKKK seterusnya, Hj Abd Malek bin Hj Wan dan akhirnya impian penduduk Kg Beringin untuk mendapatkan sebuah masjid yang baru telah tercapai apabila ianya siap dibina sepenuhnya pada nulan Mac 1995. Masjid ANNUR Kg Beringin telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka pada ketika itu, Datuk Hj Mohd Zin bin Abdul Ghani pada 17hb April 1995. Kini, Masjid ANNUR Kg Beringin adalah merupakan diantara masjid yang terindah terdapat didalam DUN Durian Tunggal.


Share:

UCAPAN PENGERUSI JPKK

LOGO DAN MOTTO

LAGU KG BERINGIN