Dataran Wawasan

Sempena Majlis Dialog diantara Jawatankuasa JKKK Kg Beringin bersama YB Datuk Seri Dr Fong Chan Onn, Ahli Parlimen Alor Gajah ketika itu,YB Datuk telah meluluskan peruntukan secara spontan, sebanyak RM15,000-00 bagi membina sebuah pentas serbaguna di Balai Raya Kg Beringin. Ianya diluluskan diatas permintaan salah seorang ajk JKKK semasa sessi dialog dimana JKKK Kg Beringin sering menghadapi kesukaran setiap kali mengadakan aktiviti kerana tiada pentas yang khusus disediakan. Bermula pada September 2007, maka wujudlah pentas serbaguna yang kini dikenali sebagai Dataran Wawasan Kg Beringin yang kini menjadi salah satu mercutanda dan kebanggaan Warga Beringin. Dataran Wawasan dibina dengan mengambil konsep terbuka sebagaimana Dataran Keris di Pekan Alor Gajah, Melaka. Dengan pengubahsuaian yang dibuat ke atas Dataran Keris, kini Dataran Wawasan secara tidak langsung mewarisi nostalgia pembinaan awal Dataran Keris Alor Gajah. Walau bagaimanapun, Dataran Wawasan turut mengalami perubahan dengan konsep yang lebih menarik dan mempersonakan. Kini, dengan peruntukan sebanyak RM 40,000-00 yang diperolehi pada Mei 2014, Dataran Wawasan Kg Beringin telah berubah wajah dengan konsep berbumbung dan terus menjadi lokasi utama setiap program yang dianjurkan oleh JKKK Kg Beringin.



Share:

UCAPAN PENGERUSI JPKK

LOGO DAN MOTTO

LAGU KG BERINGIN