Aktiviti : Bicara Mufti Bersama Ummah Tahun 2024
Tarikh : 16 Ogos 2024
Masa : selepas solat Maghrib
Masa : selepas solat Maghrib
Tempat : Dataran Wawasan Kg Beringin
Kg Beringin telah dipilih sebagai lokasi program Bicara Mufti Bersama Ummah Peringkat DUN Durian Tunggal. Ahli Panel terdiri daripada Datuk Wira Hj. Abdul Halim Bin Tawil (Mufti Kerajaan Negeri Melaka) dan Dato' Mohd. Kazim Bin Elias sementara Ust. Mohd. Shahrir Asraf Bin Mohd. Azmi bertindak selaku Moderator program.
Perbincangan banyak berkisar tentang betapa perlunya umat Islam menghayati Al Quran didalam kehidupan seharian mereka dengan membaca Al Quran setiap hari. Datuk Wira Mufti juga mengajak orang ramai agar berhati hati dengan ajaran sesat yang semakin berleluasa masakini. Beliau seterusnya memaklumkan beberapa ajaran sesat yang kini sedang menular dikalangan masyarakat di Negeri Melaka.
Datuk Kazim pula menegur pembuat konten laman sosial seperti tiktok agar lebih peka dengan adab dan tatasusila apabila membuat konten berbentuk agama Islam. Pelbagai perkara telah dikupas oleh beliau mengenai isu ini dan berharap trend sebegini akan dapat meningkatkan lagi pemahaman pengguna media sosial mengenai Islam.
Didalam program ini, pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) Melaka telah mengadakan program menukar Quran lama kepada Quran yang baharu.
Majlis diakhiri dengan sessi bergambar dan jamuan VIP.
Sila klik disini untuk Galeri penuh dilaman Facebook.