• Masjid ANNUR Kg Beringin

    Masjid ANNUR Kg Beringin telah dibina diatas tanah seluas 1 ekar dengan harga sekitar RM40,000-00. Masjid ini mempunyai konsep dan struktur yang sama dengan Masjid Negeri Melaka iaitu Masjid Al Azim dan menelan belanja sekitar RM500,000-00.

  • Balai Raya Kg Beringin

    Balai Raya Kg Beringin yang baru telah didirikan pada sekitar tahun 2007 di dalam kawasan perkarangan masjid dengan peruntukan sebanyak RM80,000-00.

  • Bilik Gerakan JPKK

    JPKK Kg Beringin telah berjaya membina sebuah Bilik Gerakan. Sebelum ini, mesyuarat telah diadakan diruangan pentas yang juga berfungsi sebagai Bilik Mesyuarat di dalam Balai Raya Kg Beringin.

  • Dataran Wawasan

    Sempena Majlis Dialog bersama YB Ahli Parlimen Alor Gajah ketika itu,YB Datuk telah meluluskan peruntukan sebanyak RM15,000-00 bagi membina sebuah pentas serbaguna di Balai Raya Kg Beringin.

  • Anjung Niaga JPKK

    Anjung Niaga JPKK Kg Beringin dibina apabila Balai Raya lama Kg Beringin diubahsuai menjadi 5 lot kedai dan mula disewa pada tahun 2007.

  • Zon Futsal

    Zon Futsal Kg Beringin adalah merupakan satu lagi mercutanda Kg Beringin. Bermula sekitar tahun 2007 semasa lawatan YDP Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) ketika itu,beliau telah mengumumkan peruntukan seebanyak RM20,000-00 bagi membina sebuah gelanggan futsal.

GOTONG ROYONG MASJID AN-NUR KG BERINGIN

 Aktiviti    : Gotong Royong Masjid An-Nur Kg Beringin
Tarikh      : 23.2.2025  Ahad
Masa      :  8.30 pagi
Tempat   : Masjid An-Nur Kg Beringin

Sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan Al Mubarak, pihak Jawatankuasa Lembaga Masjid An-Nur Kg Beringin telah mengadakan satu aktiviti gotong royong bagi membersihkan kawasan dewan solat dan persekitaran masjid. Gotong royong ini diadakan bertujuan bagi memberi keselesaan kepada jemaah bagi menunaikan solat sunat terrawih sepanjang bulan Ramadhan nanti.

Didalam kawasan dewan solat, kipas kipas serta perabut seperti almari, jam dan kawasan mimbar telah dibersihkan sementara dibahagian luar pula parit parit telah dibersihkan.

Majlis gotong royong ini diakhiri dengan sedikit jamuan ringan kepada yang hadir.

Sila klik disini untuk Galeri Penuh dilaman Facebook.



Share:

GOTONG ROYONG JALAN KERETAPI LAMA

Aktiviti    : Gotong Royong Jalan Keretapi Lama Kg Beringin
Tarikh    : 22.2.2025  Sabtu
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Jalan Keretapi Lama Kg Beringin

JPKK Kg Beringin dengan kerjasama Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) telah melaksanakan aktiviti gotong royong mencantas dahan pokok besar di Jalan Keretapi Lama Kg Beringin. Dahan dahan pokok telah dicantas dengan menggunakan skylift dan setelah itu Warga Kg Beringin telah sama sama menghimpunkan cantasan dahan dahan tersebut di suatu tempat untuk dibakar.
Aktiviti ini diadakan berikutan daripada aduan Warga Kg Beringin yang risau dengan tahap keselamatan mereka ketika melalui pokok besar yang berusia hampir 80 tahun itu. Gotong Royong ini turut dihadiri oleh YB Datuk Zahari bin Abd Kalil, ADUN Durian Tunggal.
JPKK Kg Beringin mengucapkan terima kasih kepada Ahli Majlis MPAG, CLR En Mohd Redzei Othman serta kakitangan MPAG yang turut sama menyertai aktiviti gotong royong ini.

Sila klik disini untuk Galeri Penuh dilaman Facebook.




 


Share:

KENDURI ARWAH BERKELOMPOK TAHUN 2025

 Aktiviti   : Kenduri Arwah Berkelompok
Tarikh  : 20.2.2025  Khamis
Masa   : 7.45 mlm (selepas solat Maghrib)
Tempat  : Masjid An-Nur Kg Beringin.
 
Seperti tahun tahun sebelumnya, pihak Jawatankuasa Lembaga Masjid An-Nur Kg Beringin telah melaksanakan aktiviti Kenduri Arwah Berkelompok sempena menyambut bulan Ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi.
Aktiviti dimulakan dengan solat Maghrib secara berjemaah dan diteruskan dengan bacaan tahlil arwah nama nama yang telah diberikan oleh anak kariah Kg Beringin yang mengikuti program ini. Seramai lebih 600 nama arwah telah dibacakan satu persatu oleh barisan Pegawai Syarak Masjid An-Nur Kg Beringin.
Majlis diakhiri dengan jamuan kenduri selepas para jemaah selesai menunaikan solat Isyak.
 
Sila klik disini untuk Galeri Penuh di laman Facebook.


Share:

PROGRAM GUNTING RAMBUT PERCUMA

 Aktiviti : Program Gunting Rambut Percuma "Ceria Bergaya Kembali Ke Sekolah"
 Tarikh  : 13.2.2025  Khamis
Masa   : 8.00 pagi
Tempat : Balai Raya Kg Beringin
 
Sempena pembukaan penggal baru persekolahan, JPKK Kg Beringin telah mengambil inisiatif melaksanakan program gunting rambut percuma kepada pelajar pelajar sekolah rendah dan menengah dari Kg Beringin dan Taman Inang Sari terutama dari keluarga yang kurang berkemampuan.
Program telah dimulakan dengan pendaftaran para peserta bermula jam 8.00 pagi dan seterusnya majlis perasmian oleh YB Datuk Zahari bin Abd Kalil, ADUN Durian Tunggal pada jam 9.00 pagi. Program diteruskan dengan acara menggunting rambut para peserta oleh 6 orang pelajar dari Kolej Komuniti Kota, Melaka dan berakhir pada jam 12.00 tgh.
Didalam ucapan perasmian, YB Datuk mengucapkan selamat menjalani penggal persekolahan yang baru dan berharap para pelajar dapat belajar bersungguh sungguh untuk mencapai kejayaan.
 
Sila klik disini untuk Galeri Penuh dilama facebook.





Share:


UCAPAN PENGERUSI JPKK

LOGO DAN MOTTO

LAGU KG BERINGIN