• Masjid ANNUR Kg Beringin

    Masjid ANNUR Kg Beringin telah dibina diatas tanah seluas 1 ekar dengan harga sekitar RM40,000-00. Masjid ini mempunyai konsep dan struktur yang sama dengan Masjid Negeri Melaka iaitu Masjid Al Azim dan menelan belanja sekitar RM500,000-00.

  • Balai Raya Kg Beringin

    Balai Raya Kg Beringin yang baru telah didirikan pada sekitar tahun 2007 di dalam kawasan perkarangan masjid dengan peruntukan sebanyak RM80,000-00.

  • Bilik Gerakan JPKK

    JPKK Kg Beringin telah berjaya membina sebuah Bilik Gerakan. Sebelum ini, mesyuarat telah diadakan diruangan pentas yang juga berfungsi sebagai Bilik Mesyuarat di dalam Balai Raya Kg Beringin.

  • Dataran Wawasan

    Sempena Majlis Dialog bersama YB Ahli Parlimen Alor Gajah ketika itu,YB Datuk telah meluluskan peruntukan sebanyak RM15,000-00 bagi membina sebuah pentas serbaguna di Balai Raya Kg Beringin.

  • Anjung Niaga JPKK

    Anjung Niaga JPKK Kg Beringin dibina apabila Balai Raya lama Kg Beringin diubahsuai menjadi 5 lot kedai dan mula disewa pada tahun 2007.

  • Zon Futsal

    Zon Futsal Kg Beringin adalah merupakan satu lagi mercutanda Kg Beringin. Bermula sekitar tahun 2007 semasa lawatan YDP Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) ketika itu,beliau telah mengumumkan peruntukan seebanyak RM20,000-00 bagi membina sebuah gelanggan futsal.

PERTANDINGAN FUTSAL MERDEKA KG BERINGIN TAHUN 2024

 Aktiviti   : Pertandingan Futsal Merdeka Kg Beringin Tahun 2024
Tarikh    : 6 September 2024  Jumaat
Masa    :  8.00 mlm - 12.00 mlm
Tempat  :  Zon Futsal Kg Beringin
 
Sempena sambutan bulan kemerdekaan Malaysia yang ke 67 tahun, Komuniti MADANI Kg Beringin bersama Biro Belia & Sukan JPKK Kg Beringin dan Belia 4B Kg Beringin telah menganjurkan satu pertandingan futsal peringkat Kg Beringin. Pertandingan yang diadakan secara tertutup ini telah disertai oleh 6 pasukan dengan menyediakan hadiah wangtunai serta medal kepada para pemenang.
 
 Didalam ucapan aluan, Pengerusi JPKK Kg Beringin merangkap Pengerusi Komuniti MADANI Kg Beringin mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Penerangan Daerah Alor Gajah yang telah memberikan kerjasama bagi menjayakan pertandingan ini. Beliau juga berharap agar para belia Kg Beringin dapat menjaga kemudahan sukan yang baru sahaja diselenggara dengan peruntukan sebanyak RM 30,000-00 ini. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada YB Datuk Zahari bin Abd Kalil, ADUN Durian Tunggal yang telah meluluskan peruntukan bagi membaiki gelanggan futsal Kg Beringin.

Seterusnya Puan Salina binti Hasan, Pengawai Penerangan Daerah Alor Gajah berharap agar semangat kemerdekaan dapat di hayati bersama agar Negara Malaysia terus maju pada masa hadapan.

Didalam ucapan perasmian, YB ADUN Durian Tunggal menyeru agar para belia Kg Beringin menjaga kebersihan dan menggunakan kemudahan sukan futsal ini sebaik mungkin. Seterusnya para hadirian turut menyanyikan lagu Jalur Gemilang bersama kibaran bendera kecil  bagi membangkitkan suasana hari kemerdekaan.

Acara telah dimulakan dengan perlawanan persahabatan diantara pasukan Komuniti MADANI Kg Beringin dan Jabatan Penerangan Daerah Alor Gajah dimana perlawanan telah dimenangi oleh pasukan Komuniti MADANI Kg Beringin dengan keputusan 4 berbalas 0.
 
Penyampaian hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh Pegawai Penerangan Daerah Alor Gajah dimana Team 3 telah menjadi johan dengan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 300-00 berserta medal. 
 
Sila klik disini untuk galeri penuh di laman facebook. 



 


Share:

UCAPAN PENGERUSI JPKK

LOGO DAN MOTTO

LAGU KG BERINGIN