• Masjid ANNUR Kg Beringin

    Masjid ANNUR Kg Beringin telah dibina diatas tanah seluas 1 ekar dengan harga sekitar RM40,000-00. Masjid ini mempunyai konsep dan struktur yang sama dengan Masjid Negeri Melaka iaitu Masjid Al Azim dan menelan belanja sekitar RM500,000-00.

  • Balai Raya Kg Beringin

    Balai Raya Kg Beringin yang baru telah didirikan pada sekitar tahun 2007 di dalam kawasan perkarangan masjid dengan peruntukan sebanyak RM80,000-00.

  • Bilik Gerakan JPKK

    JPKK Kg Beringin telah berjaya membina sebuah Bilik Gerakan. Sebelum ini, mesyuarat telah diadakan diruangan pentas yang juga berfungsi sebagai Bilik Mesyuarat di dalam Balai Raya Kg Beringin.

  • Dataran Wawasan

    Sempena Majlis Dialog bersama YB Ahli Parlimen Alor Gajah ketika itu,YB Datuk telah meluluskan peruntukan sebanyak RM15,000-00 bagi membina sebuah pentas serbaguna di Balai Raya Kg Beringin.

  • Anjung Niaga JPKK

    Anjung Niaga JPKK Kg Beringin dibina apabila Balai Raya lama Kg Beringin diubahsuai menjadi 5 lot kedai dan mula disewa pada tahun 2007.

  • Zon Futsal

    Zon Futsal Kg Beringin adalah merupakan satu lagi mercutanda Kg Beringin. Bermula sekitar tahun 2007 semasa lawatan YDP Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) ketika itu,beliau telah mengumumkan peruntukan seebanyak RM20,000-00 bagi membina sebuah gelanggan futsal.

BICARA MUFTI BERSAMA UMMAH TAHUN 2024

 Aktiviti  : Bicara Mufti Bersama Ummah Tahun 2024
Tarikh     : 16 Ogos 2024
Masa       : selepas solat Maghrib
Tempat    : Dataran Wawasan Kg Beringin

Kg Beringin telah dipilih sebagai lokasi program Bicara Mufti Bersama Ummah Peringkat DUN Durian Tunggal.  Ahli Panel terdiri daripada Datuk Wira Hj. Abdul Halim Bin Tawil (Mufti Kerajaan Negeri Melaka) dan  Dato' Mohd. Kazim Bin Elias sementara  Ust. Mohd. Shahrir Asraf Bin Mohd. Azmi bertindak selaku Moderator program.

Perbincangan banyak berkisar tentang betapa perlunya umat Islam menghayati Al Quran didalam kehidupan seharian mereka dengan membaca Al Quran setiap hari. Datuk Wira Mufti juga mengajak orang ramai agar berhati hati dengan ajaran sesat yang semakin berleluasa masakini. Beliau seterusnya memaklumkan beberapa ajaran sesat yang kini sedang menular dikalangan masyarakat di Negeri Melaka.

Datuk Kazim pula menegur pembuat konten laman sosial seperti tiktok agar lebih peka dengan adab dan tatasusila apabila membuat konten berbentuk agama Islam. Pelbagai perkara telah dikupas oleh beliau mengenai isu ini dan berharap trend sebegini akan dapat meningkatkan lagi pemahaman pengguna media sosial mengenai Islam.

Didalam program ini, pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) Melaka telah mengadakan program menukar Quran lama kepada Quran yang baharu.

Majlis diakhiri dengan sessi bergambar dan jamuan VIP.

Sila klik disini untuk Galeri penuh dilaman Facebook.



Share:

UCAPAN PENGERUSI JPKK

LOGO DAN MOTTO

LAGU KG BERINGIN