• Masjid ANNUR Kg Beringin

    Masjid ANNUR Kg Beringin telah dibina diatas tanah seluas 1 ekar dengan harga sekitar RM40,000-00. Masjid ini mempunyai konsep dan struktur yang sama dengan Masjid Negeri Melaka iaitu Masjid Al Azim dan menelan belanja sekitar RM500,000-00.

  • Balai Raya Kg Beringin

    Balai Raya Kg Beringin yang baru telah didirikan pada sekitar tahun 2007 di dalam kawasan perkarangan masjid dengan peruntukan sebanyak RM80,000-00.

  • Bilik Gerakan JPKK

    JPKK Kg Beringin telah berjaya membina sebuah Bilik Gerakan. Sebelum ini, mesyuarat telah diadakan diruangan pentas yang juga berfungsi sebagai Bilik Mesyuarat di dalam Balai Raya Kg Beringin.

  • Dataran Wawasan

    Sempena Majlis Dialog bersama YB Ahli Parlimen Alor Gajah ketika itu,YB Datuk telah meluluskan peruntukan sebanyak RM15,000-00 bagi membina sebuah pentas serbaguna di Balai Raya Kg Beringin.

  • Anjung Niaga JPKK

    Anjung Niaga JPKK Kg Beringin dibina apabila Balai Raya lama Kg Beringin diubahsuai menjadi 5 lot kedai dan mula disewa pada tahun 2007.

  • Zon Futsal

    Zon Futsal Kg Beringin adalah merupakan satu lagi mercutanda Kg Beringin. Bermula sekitar tahun 2007 semasa lawatan YDP Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) ketika itu,beliau telah mengumumkan peruntukan seebanyak RM20,000-00 bagi membina sebuah gelanggan futsal.

SAMBUTAN HARI IBU PERINGKAT KG BERINGIN

 Aktiviti  :  Sambutan Hari Ibu Peringkat Kg Beringin
Tarikh     :  23 Jun 2024  Ahad
Masa     :  8.00 pagi - 12.00 tgh
Tempat  : Balai Raya Kg Beringin

Komuniti Madani Kg Beringin telah melaksanakan aktiviti pertamanya tahun ini dengan menganjurkan program Sambutan Hari Ibu Peringkat Kg Beringin Tahun 2024. Program telah dimulakan seawal jam 8.00 pagi dengan pendaftaran para peserta untuk aktiviti aktiviti yang akan dijalankan. Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan iaitu :-
  1. Pertandingan Mewarna Kanak Kanak bawah 6 tahun dan Bawah 12 Tahun.
  2. Pertandingan Mewarna untuk Kaum Ibu.
  3. Pertandingan lipat kain.
  4. Pertandingan buat sandwich.
  5. Ceramah Jenayah Scam oleh Jabatan Penerangan.
  6. Ceramah Agama.
  7. Pemeriksaan Kesihatan.
  8. Pemeriksaan Payudara dan pepsmear.
  9. Cabutan Bertuah.
Pada majlis perasmian penutup yang disempurnakan oleh ADUN Durian Tunggal, YB Tuan Zahari bin Abd Kalil mengucapkan tahniah kepada penganjur kerana telah berjaya melaksanakan program ini dengan begitu meriah sekali. Beliau seterusnya mengingatkan para ibu agar sentiasa memantau pergerakan anak anak mereka bagi memastikan anak anak mereka terhindar daripada terlibat dengan gejala sosial yang semakin menular dikalangan para remaja.

Terdahulu, didalam ucapan aluan, Sdr Adam bin Mohd selaku Pengerusi Komuniti MADANI dan Pengerusi JPKK Kg Beringin mengucapkan syabas kepada Urusetia Penganjur kerana bertungkus lumus berusaha bagi memastikan program berjalan dengan lancar. Beliau seterusnya mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Penerangan Daerah Alor Gajah yang banyak membantu Komuniti MADANI Kg Beringin didalam penganjuran program ini. Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah Alor Gajah yang telah membuka kaunter pemeriksaan kesihatan serta pemeriksaan parudara dan pepsmear.

Majlis diakhiri dengan cabutan nombor bertuah dimana hadiah utama adalah berupa sebuah mesin basuh serta acara memotong kek Hari Ibu oleh Tetamu Kehormat.

Sila klik disini untuk galeri penuh di laman facebook. 







Share:

PROGRAM IBADAH KORBAN TAHUN 2024

 Aktiviti    : Program Ibadah Korban Tahun 2024
Tarikh    : 17 Jun 2024 Isnin
Masa      : 9.45 pagi - 2.00 ptg
Tempat   : Perkarangan Masjid An-Nur Kg Beringin

Lembaga Masjid An-Nur Kg Beringin telah melaksanakan program Ibadah Korban sempena sambutan Hari Raya Aidil Adha bagi Tahun 2024 di perkarangan Masjid An-Nur Kg Beringin. Sebanyak 8 ekor lembu telah "ditumbangkan" dan daging korban tersebut telah diagihkan kepada golongan Asnaf Kg Beringin serta penduduk setempat. 7 ekor lembu merupakan ibadah korban daripada Warga Beringin sementara 1 ekor adalah sumbangan daripada YB ADUN Durian Tunggal.

Warga Kg Beringin dan Taman Inang Sari turut sama sama membantu kerana ini adalah kali pertama Masjid An-Nur Kg Beringin mengendalikan ibadah korban dengan jumlah yang banyak dimana sebanyak 8 ekor lembu telah dibuat korban berbanding sekitar 2 ekor lembu pada tahun tahun sebelumnya.
 
Sila klik disini untuk Galeri penuh di laman facebook. 




Share:

UCAPAN PENGERUSI JPKK

LOGO DAN MOTTO

LAGU KG BERINGIN