• Masjid ANNUR Kg Beringin

    Masjid ANNUR Kg Beringin telah dibina diatas tanah seluas 1 ekar dengan harga sekitar RM40,000-00. Masjid ini mempunyai konsep dan struktur yang sama dengan Masjid Negeri Melaka iaitu Masjid Al Azim dan menelan belanja sekitar RM500,000-00.

  • Balai Raya Kg Beringin

    Balai Raya Kg Beringin yang baru telah didirikan pada sekitar tahun 2007 di dalam kawasan perkarangan masjid dengan peruntukan sebanyak RM80,000-00.

  • Bilik Gerakan JPKK

    JPKK Kg Beringin telah berjaya membina sebuah Bilik Gerakan. Sebelum ini, mesyuarat telah diadakan diruangan pentas yang juga berfungsi sebagai Bilik Mesyuarat di dalam Balai Raya Kg Beringin.

  • Dataran Wawasan

    Sempena Majlis Dialog bersama YB Ahli Parlimen Alor Gajah ketika itu,YB Datuk telah meluluskan peruntukan sebanyak RM15,000-00 bagi membina sebuah pentas serbaguna di Balai Raya Kg Beringin.

  • Anjung Niaga JPKK

    Anjung Niaga JPKK Kg Beringin dibina apabila Balai Raya lama Kg Beringin diubahsuai menjadi 5 lot kedai dan mula disewa pada tahun 2007.

  • Zon Futsal

    Zon Futsal Kg Beringin adalah merupakan satu lagi mercutanda Kg Beringin. Bermula sekitar tahun 2007 semasa lawatan YDP Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) ketika itu,beliau telah mengumumkan peruntukan seebanyak RM20,000-00 bagi membina sebuah gelanggan futsal.

JOM KACAU DODOL DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN

 Aktiviti : Jom Kacau Dodol & Penyampaian Sumbangan.
Tarikh  : 31 Mac 2024  Ahad
Masa : 9.00 pagi - 7.30 mlm
Tempat : Perkarangan Zon Futsal Kg Beringin

JPKK Kg Beringin, Lembaga Masjid An-Nur Kg Beringin, KRT Taman Inang Sari serta Belia 4B Cawangan Kg Beringin telah bergabung bagi menjayakan Program Jom Kacau Dodol pada tahun 2024 ini. Sebanyak 3 kawah dodol telah mula di kacau seawal jam 9.00 pagi dengan kerjasama daripada para penduduk terutama dari golongan Belia yang hadir bagi menjayakan program tersebut. Suasana meriah dan mesra dapat dilihat apabila para hadirin mengambil tempat dan bahagian masing masing untuk mengacau dodol.

Pada jam 5.30 petang, YB ADUN Durian Tunggal telah hadir bagi majlis penyampaian sumbangan kepada anak anak yatim, ibu tunggal serta warga emas Kg Beringin. Seramai 11 orang anak yatim telah menerima sumbangan duit raya dan kuih raya dari Lembaga Masjid An-Nur Kg Beringin sementara 57 orang Warga Emas dan Ibu Tunggal telah menerima sumbangan daripada YB ADUN Durian Tunggal, YB Tuan Zahari bin Abd Kalil.

Menerusi program ini juga, kawasan sekitar tugu Kg Beringin telah mula di pasang dengan hiasan lampu pelita raya bagi memeriahkan lagi suasana Hari Raya pada tahun ini.

Acara mengacau dodol telah berjaya diselesaikan pada jam 6.00 petang dan kemudiannya di packing untuk diagihkan kepada penduduk Kg Beringin dan Taman Inang Sari. Program ini berakhir dengan jamuan berbuka puasa bersama urusetia program serta YB ADUN Durian Tunggal.

Sila klik disini untuk Galeri Penuh di laman Facebook.


Share:

ZIARAH KASIH

 Aktiviti  : Ziarah Kasih Menjelang Ramadhan
Tarikh   : 10 Mac 2024  Ahad
Masa     : 3.00 petang
Tempat  : Rumah Penerima Sumbangan

Sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan Al Mubarak, JPKK Kg Beringin telah melaksanakan program Ziarah Kasih bagi menyantuni Golongan Asnaf dan Warga Emas Kg Beringin dan Taman Inang Sari.
Barisan Ahli Jawatankuasa JPKK Kg Beringin bersama Wanita UMNO Cawangan Kg Beringin telah memulakan aktiviti dengan menziarahi rumah En Abdur Rahim bin Zakaria. Selepas itu, rombongan terus ke rumah En Wahab bin Jadin yang uzur atas faktor usia. Rombongan JPKK meneruskan ziarah ke 4 lagi rumah penduduk Kg Beringin dan berakhir di 4 buah rumah lagi di Taman Inang Sari.
Diantara barangan yang disumbang adalah 1 kampit beras 10 kilo, barangan keperluan dapur dan wang tunai. Program ini turut dihadiri oleh YB ADUN Durian Tunggal yang merupakan anak jati Kg Beringin.

Sila klik disini untuk Galeri penuh dilaman facebook.





Share:

KENDURI TAHLIL ARWAH BERKELOMPOK TAHUN 2024

 Aktiviti : Kenduri Tahlil Arwah Berkelompok
Tarikh    : 2 Mac 2024 Sabtu
Masa     : selepas solat Maghrib
Tempat  : Masji An-Nur Kg Beringin
 
Seperti tahun tahun sebelumnya, sempena menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak yang bakal tiba, pihak Lembaga Masjid An-Nur Kg Beringin telah menganjurkan Kenduri Tahlil Arwah secara berkelompok untuk anak kariah Masjid An-Nur Kg Beringin.
Pada jam 9.00 pagi, Warga Beringin telah sama sama bergotong royong menyediakan bahan bahan masakan seperti memotong bawang, menyediakan rempah ratus dan menguruskan daging ayam serta 3 ekor kambing sebagai persiapan untuk memasak pada sebelah petangnya. Beberapa orang penduduk turut bersedekah dengan memberi beberapa juadah seperti kuih muih, nasi hujan panas serta 1 ekor kambing sempena majlis ini.
Selepas solat maghrib, kenduri tahlil telah dimulakan dengan membacakan tahlil serta senarai nama 736 nama arwah yang telah diberikan oleh Warga Beringin yang menyertai program ini. 
Majlis diakhiri dengan solat Isyak berjemaah dan jamuan untuk para hadirin.

Sila klik disini untuk Galeri penuh aktiviti.




Share:

UCAPAN PENGERUSI JPKK

LOGO DAN MOTTO

LAGU KG BERINGIN