• Masjid ANNUR Kg Beringin

    Masjid ANNUR Kg Beringin telah dibina diatas tanah seluas 1 ekar dengan harga sekitar RM40,000-00. Masjid ini mempunyai konsep dan struktur yang sama dengan Masjid Negeri Melaka iaitu Masjid Al Azim dan menelan belanja sekitar RM500,000-00.

  • Balai Raya Kg Beringin

    Balai Raya Kg Beringin yang baru telah didirikan pada sekitar tahun 2007 di dalam kawasan perkarangan masjid dengan peruntukan sebanyak RM80,000-00.

  • Bilik Gerakan JPKK

    JPKK Kg Beringin telah berjaya membina sebuah Bilik Gerakan. Sebelum ini, mesyuarat telah diadakan diruangan pentas yang juga berfungsi sebagai Bilik Mesyuarat di dalam Balai Raya Kg Beringin.

  • Dataran Wawasan

    Sempena Majlis Dialog bersama YB Ahli Parlimen Alor Gajah ketika itu,YB Datuk telah meluluskan peruntukan sebanyak RM15,000-00 bagi membina sebuah pentas serbaguna di Balai Raya Kg Beringin.

  • Anjung Niaga JPKK

    Anjung Niaga JPKK Kg Beringin dibina apabila Balai Raya lama Kg Beringin diubahsuai menjadi 5 lot kedai dan mula disewa pada tahun 2007.

  • Zon Futsal

    Zon Futsal Kg Beringin adalah merupakan satu lagi mercutanda Kg Beringin. Bermula sekitar tahun 2007 semasa lawatan YDP Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) ketika itu,beliau telah mengumumkan peruntukan seebanyak RM20,000-00 bagi membina sebuah gelanggan futsal.

PERARAKAN MAULUD NABI DAN CERAMAH AGAMA

Tarikh : 16 Oktober 2022  Ahad
Masa : 5.00 ptg
Tempat : Berhimpun di Beringin Hilir

Sempena Sambutan Maulidurrasul pada tahun ini, Jawatankuasa Lembaga Masjid An-Nur Kg Beringin telah menganjurkan satu perarakan kontigen Maulidurrasul yang dihadiri oleh Warga Kg Beringin dan Taman Inang Sari.

Perarakan bermula dihadapan rumah Puan Rohhana Mohd Dom melalui Taman Inang Sari dan berakhir di perkarangan Masjid An-Nur Kg Beringin pada jam 6.30 ptg. Sebaik tiba di perkarangan masjid, para peserta perarakan berehat seketika dan menikmati juadah ringan sebelum bersiap sedia untuk menunaikan solat Maghrib.

Setelah selesai mengerjakan solat Maghrib, satu ceramah agama telah diadakan yang berkisar mengenai kehidupan Nabi Muhammad saw.

Majlis diakhiri dengan solat Isyak berjemaah dan jamuan sebelum para jemaah bersurai.

Sila klik di sini untuk Galeri Penuh program.





Share:

FIESTA BENDANG BERINGIN

Tarikh :  29 Oktober 2022  Sabtu
Masa :  8.00 pg - 12.00 tgh
Tempat : Bendang Kg Beringin

Buat pertama kalinya JPKK Kg Beringin telah menganjurkan acara Sukan Rakyat di Bendang Kg Beringin sempena Program Jom Masuk Kampung KEMAS Negeri Melaka dengan kerjasama JAPERUN Durian Tunggal. Di antara sukan rakyat yang dipertandingkan ialah Pertandingan Memasak, Congkak, Batu Seremban, Sepakraga Bulatan sementara acara di dalam bendang pula adalah Mengocak Ikan, Cari Harta Karun, Bola Beracun, Pukul Bantal, Bola Baling dan Pertandingan Tarik Tali.

Acara acara ini telah mendapat sambutan hebat daripada Warga Beringin dan Taman Inang Sari serta penduduk dari kampung sekitarnya. Acara dimulakan secara serentak iaitu Pertandingan Memasak, Congkak dan Batu Seremban. Bagi acara di bendang pula telah dimulakan dengan acara mencari harta karun dan seterusnya acara bola beracun.

Suasana menjadi riuh rendah apabila acara kemuncak iaitu acara tarik tali di mulakan. YB ADUN Durian Tunggal, YB Tuan Zahari bin Abd Kalil turut turun ke bendang untuk bersama sama meniup wisel bagi memulakan acara tarik tali ini.

Pada jam 11.30pg pula Konti sementara dari Melakafm telah bersiaran secara lintas langsung dengan sessi temuramah bersama YB ADUN Durian Tunggal. Bagi Pertandingan Tik Tok Challenge pula, Johan adalah Sdr Afiq sementara Naib Johan dimenangi oleh Sengkuang Calit dan tempat Ketiga adalah Sdr Amirul.

Program Jom Masuk Kampung KEMAS Negeri Melaka adalah anjuran bersama JPKK Kg Beringin, Komuniti Keluarga Malaysia Kg Beringin, KRT Taman Inang Sari dan Belia 4B Kg Beringin.

JPKK Kg Beringin mengucapkan ribuan terima kasih diatas sambutan yang diberi dan bercadang untuk menjadikan Fiesta Bendang Beringin sebagai acara tahunan dalam Kalender Aktiviti JPKK Kg Beringin pada masa akan datang.

Sila klik disini untuk Galeri Penuh Aktiviti.







Share:

UCAPAN PENGERUSI JPKK

LOGO DAN MOTTO

LAGU KG BERINGIN