• Masjid ANNUR Kg Beringin

    Masjid ANNUR Kg Beringin telah dibina diatas tanah seluas 1 ekar dengan harga sekitar RM40,000-00. Masjid ini mempunyai konsep dan struktur yang sama dengan Masjid Negeri Melaka iaitu Masjid Al Azim dan menelan belanja sekitar RM500,000-00.

  • Balai Raya Kg Beringin

    Balai Raya Kg Beringin yang baru telah didirikan pada sekitar tahun 2007 di dalam kawasan perkarangan masjid dengan peruntukan sebanyak RM80,000-00.

  • Bilik Gerakan JPKK

    JPKK Kg Beringin telah berjaya membina sebuah Bilik Gerakan. Sebelum ini, mesyuarat telah diadakan diruangan pentas yang juga berfungsi sebagai Bilik Mesyuarat di dalam Balai Raya Kg Beringin.

  • Dataran Wawasan

    Sempena Majlis Dialog bersama YB Ahli Parlimen Alor Gajah ketika itu,YB Datuk telah meluluskan peruntukan sebanyak RM15,000-00 bagi membina sebuah pentas serbaguna di Balai Raya Kg Beringin.

  • Anjung Niaga JPKK

    Anjung Niaga JPKK Kg Beringin dibina apabila Balai Raya lama Kg Beringin diubahsuai menjadi 5 lot kedai dan mula disewa pada tahun 2007.

  • Zon Futsal

    Zon Futsal Kg Beringin adalah merupakan satu lagi mercutanda Kg Beringin. Bermula sekitar tahun 2007 semasa lawatan YDP Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) ketika itu,beliau telah mengumumkan peruntukan seebanyak RM20,000-00 bagi membina sebuah gelanggan futsal.

SUKAN INDOOR MERDEKA TAHUN 2025

Aktiviti :  Sukan Indoor Merdeka Tahun 2025
Tarikh : 1.9.2025  Isnin
Masa :  8.30 pagi - 1.00 tgh
Tempat : Balai Raya Kg Beringin

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia pada tahun ini, JPKK Kg Beringin bersama Komuniti MADANI Kg Beringin telah menganjurkan Sukan Indoor Merdeka Tahun 2025. Program yang pertama kali diadakan ini telah mendapat sambutan menggalakan daripada Warga Kg Beringin dan Taman Inang Sari dengan kehadiran lebih daripada jangkaan.

Aktiviti dimulakan dengan pendaftaran para peserta bagi pertandingan yang dijalankan iaitu dam haji, karom, batu seremban, congkak, dart serta pertandingan mewarna kategori  kanak kanak dan dewasa. Pertandingan telah dimulakan secara serentak dan berakhir sekitar jam 11.00 pagi. Seterusnya satu taklimat telah disampaikan oleh Pegawai Penerangan Daerah Alor Gajah mengenai tanggungjawab kita sebagai Rakyat Malaysia untuk mengetahui cara menggantung serta menggunakan Jalur Gemilang dengan betul.

Majlis Perasmian Penutup program diadakan pada jam 11.30 pagi dan disempurnakan oleh YB Datuk Zahari bin Abd Kalil, ADUN Durian Tunggal. Majlis ini turut menampilkan persembahan sajak dan pentomen dari pelajar pelajar SK Parit Melana dan diakhiri dengan nyanyian lagu Jalur Gemilang secara beramai ramai.

Sila klik disini untuk Galeri penuh dilaman facebook.



Share:


UCAPAN PENGERUSI JPKK

LOGO DAN MOTTO

LAGU KG BERINGIN