-
Masjid ANNUR Kg Beringin
Masjid ANNUR Kg Beringin telah dibina diatas tanah seluas 1 ekar dengan harga sekitar RM40,000-00. Masjid ini mempunyai konsep dan struktur yang sama dengan Masjid Negeri Melaka iaitu Masjid Al Azim dan menelan belanja sekitar RM500,000-00.
-
Balai Raya Kg Beringin
Balai Raya Kg Beringin yang baru telah didirikan pada sekitar tahun 2007 di dalam kawasan perkarangan masjid dengan peruntukan sebanyak RM80,000-00.
-
Bilik Gerakan JPKK
JPKK Kg Beringin telah berjaya membina sebuah Bilik Gerakan. Sebelum ini, mesyuarat telah diadakan diruangan pentas yang juga berfungsi sebagai Bilik Mesyuarat di dalam Balai Raya Kg Beringin.
-
Dataran Wawasan
Sempena Majlis Dialog bersama YB Ahli Parlimen Alor Gajah ketika itu,YB Datuk telah meluluskan peruntukan sebanyak RM15,000-00 bagi membina sebuah pentas serbaguna di Balai Raya Kg Beringin.
-
Anjung Niaga JPKK
Anjung Niaga JPKK Kg Beringin dibina apabila Balai Raya lama Kg Beringin diubahsuai menjadi 5 lot kedai dan mula disewa pada tahun 2007.
-
Zon Futsal
Zon Futsal Kg Beringin adalah merupakan satu lagi mercutanda Kg Beringin. Bermula sekitar tahun 2007 semasa lawatan YDP Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) ketika itu,beliau telah mengumumkan peruntukan seebanyak RM20,000-00 bagi membina sebuah gelanggan futsal.
SUKAN INDOOR MERDEKA TAHUN 2025
PERTANDINGAN MEMASAK DAN MEWARNA
Seramai 10 kumpulan wanita telah mengambil bahagian dalam pertandingan memasak yang mengetengahkan kreativiti masakan berasaskan mee..
Pertandingan Mewarna untuk kanak kanak turut diadakan dan berlangsung dalam suasana ceria dan penuh warna-warni. Sementara itu, seramai 10 orang peserta dewasa juga turut mengambil bahagian, menunjukkan minat dan bakat dalam seni mewarna dalam pertandingan mewarna kategori dewasa..
Seterusnya, Taklimat bertajuk “Kesedaran Jenayah Siber” telah disampaikan oleh Encik Khairul Annuar bin Zulkernain, Pegawai Penerangan Daerah Alor Gajah bagi memberikan pendedahan kepada masyarakat tentang risiko dan langkah-langkah pencegahan jenayah dalam talian.
Program ini telah berjaya mencapai objektif dalam merapatkan silaturahim sesama komuniti, mencungkil bakat, serta memberi pendedahan maklumat yang berguna kepada penduduk.
Program berakhir tepat jam 12.00 tengah hari dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang
MAJLIS AIDILFITRI KG BERINGIN
Majlis diteruskan dengan pemberian duit raya kepada kanak-kanak, yang jelas menggembirakan golongan cilik yang hadir. Pelbagai juadah telah disediakan seperti nasi hidangan utama dan kios makanan seperti roti canai, putu piring, mee goreng dan ais krim yang mendapat sambutan hangat daripada para hadirin.
Majlis ini telah berjaya mencapai objektifnya dengan kehadiran ramai penduduk kampung dan para jemputan. Sokongan padu daripada semua pihak, terutamanya JAPERUN Durian Tunggal serta kehadiran TYT Yang DiPertua Negeri Melaka dan YB ADUN Negeri Melaka, menyerikan lagi majlis yang penuh harmoni ini.
Sila klik disini untuk Galeri penuh dilaman Facebook.
RIANG RIA KUIH RAYA
ZIARAH MAHABBAH MENJELANG SYAWAL
REWANG DODOL SEMPENA LEBARAN
Sebanyak empat (4) kawah dodol telah disediakan dan dimasak secara gotong-royong oleh penduduk kampung. Aktiviti ini melibatkan pelbagai lapisan masyarakat yang bekerjasama dalam proses memasak dodol, dari penyediaan bahan hingga ke proses mengacau yang mengambil masa beberapa jam.
Sebagai pengisian program, Pegawai Penerangan Daerah Alor Gajah, Puan Salina binti Hasan @ Abd Rashid telah menyampaikan taklimat isu semasa mengenai SARA dan beberapa bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada masyarakat terutama golongan B40.
Pengerusi JPKK Kg Beringin yang juga Pengerusi Komuniti MADANI Kg Beringin, En Adam bin Mohd pula telah berkongsi maklumat menerusi taklimat yang berjudul Keselamatan Dalam Talian - Peranan Komuniti.
YB Datuk Zahari bin Abd Kalil, ADUN Durian Tunggal yang hadir dalam program ini turut measihatkan komuniti agar berhati hati ketika menggunakan media sosial dan tidak terjebak dengan scammer yang sentiasa mencari peluang untuk menipu masyarakat.
Majlis diterusnya dengan jamuan berbuka puasa sebaik sahaja azan Maghrib kedengaran. Diantara menu berbuka puasa yang disediakan adalah pisang masak lemak putih, ayam goreng, sambal tumis ikan sardin, telur itik masak lemak, ikan masin dan sambal belacan.
Setelah dodol siap dimasak, ianya dipacking untuk diedarkan pada keesokan harinya kepada seluruh penduduk Kg Beringin dan Taman Inang Sari sebagai tanda penghargaan dan ucapan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Sila klik disini untuk Galeri penuh dilaman Facebook.
GOTONG ROYONG MASJID AN-NUR KG BERINGIN
GOTONG ROYONG JALAN KERETAPI LAMA



