• Masjid ANNUR Kg Beringin

    Masjid ANNUR Kg Beringin telah dibina diatas tanah seluas 1 ekar dengan harga sekitar RM40,000-00. Masjid ini mempunyai konsep dan struktur yang sama dengan Masjid Negeri Melaka iaitu Masjid Al Azim dan menelan belanja sekitar RM500,000-00.

  • Balai Raya Kg Beringin

    Balai Raya Kg Beringin yang baru telah didirikan pada sekitar tahun 2007 di dalam kawasan perkarangan masjid dengan peruntukan sebanyak RM80,000-00.

  • Bilik Gerakan JPKK

    JPKK Kg Beringin telah berjaya membina sebuah Bilik Gerakan. Sebelum ini, mesyuarat telah diadakan diruangan pentas yang juga berfungsi sebagai Bilik Mesyuarat di dalam Balai Raya Kg Beringin.

  • Dataran Wawasan

    Sempena Majlis Dialog bersama YB Ahli Parlimen Alor Gajah ketika itu,YB Datuk telah meluluskan peruntukan sebanyak RM15,000-00 bagi membina sebuah pentas serbaguna di Balai Raya Kg Beringin.

  • Anjung Niaga JPKK

    Anjung Niaga JPKK Kg Beringin dibina apabila Balai Raya lama Kg Beringin diubahsuai menjadi 5 lot kedai dan mula disewa pada tahun 2007.

  • Zon Futsal

    Zon Futsal Kg Beringin adalah merupakan satu lagi mercutanda Kg Beringin. Bermula sekitar tahun 2007 semasa lawatan YDP Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) ketika itu,beliau telah mengumumkan peruntukan seebanyak RM20,000-00 bagi membina sebuah gelanggan futsal.

LAWATAN JPKK KG BERINGIN KE SABAH

 Aktiviti    : Lawatan JPKK Kg Beringin ke Sabah
Tarikh    :  18 - 21 Oktober 2024
Penginapan  : Sky Hotel, Kota Kinabalu, Sabah
 
Pihak JPKK Kg Beringin telah menganjurkan satu lawatan penanda aras untuk ahli jawatankuasa JPKK Kg Beringin selama 4 hari 3 malam di Negeri Sabah. Tujuan lawatan ini adalah bagi mengeratkan lagi hubungan silatulrahim diantara ahli jawatankuasa dan juga sebagai satu motivasi untuk mereka memberikan perkhidmatan yang lebih baik lagi kepada komuniti Kg Beringin.
Pada hari kedua lawatan, rombongan telah bertolak ke Kundasang dan melawati beberapa tempat tempat menarik seperti Desa Dairy Farm dan Marakau Fish Spa. Beberapa tempat menarik juga turut dilawati pada hari berikutnya seperti Island hopping, Tanjung Aru Beach Sunset dan Anjung Kinabalu yang dahulu dikenali dengan nama Pasar Filipin.
JPKK Kg Beringin turut mengadakan Mesyuarat bulanan JPKK Bil 10/2024 di  Bilik Mesyuarat Sky Hotel, Kota Kinabalu, Sabah.
Sebagaimana tahun tahun sebelumnya, bajet aktiviti ini diperolehi daripada kutipan elaun mesyuarat bulanan ahli dan sumbangan daripada beberapa syarikat dan orang perseorangan.
 
Sila klik disini untuk Galeri penuh di laman facebook.




Share:

UCAPAN PENGERUSI JPKK

LOGO DAN MOTTO

LAGU KG BERINGIN