• Masjid ANNUR Kg Beringin

    Masjid ANNUR Kg Beringin telah dibina diatas tanah seluas 1 ekar dengan harga sekitar RM40,000-00. Masjid ini mempunyai konsep dan struktur yang sama dengan Masjid Negeri Melaka iaitu Masjid Al Azim dan menelan belanja sekitar RM500,000-00.

  • Balai Raya Kg Beringin

    Balai Raya Kg Beringin yang baru telah didirikan pada sekitar tahun 2007 di dalam kawasan perkarangan masjid dengan peruntukan sebanyak RM80,000-00.

  • Bilik Gerakan JPKK

    JPKK Kg Beringin telah berjaya membina sebuah Bilik Gerakan. Sebelum ini, mesyuarat telah diadakan diruangan pentas yang juga berfungsi sebagai Bilik Mesyuarat di dalam Balai Raya Kg Beringin.

  • Dataran Wawasan

    Sempena Majlis Dialog bersama YB Ahli Parlimen Alor Gajah ketika itu,YB Datuk telah meluluskan peruntukan sebanyak RM15,000-00 bagi membina sebuah pentas serbaguna di Balai Raya Kg Beringin.

  • Anjung Niaga JPKK

    Anjung Niaga JPKK Kg Beringin dibina apabila Balai Raya lama Kg Beringin diubahsuai menjadi 5 lot kedai dan mula disewa pada tahun 2007.

  • Zon Futsal

    Zon Futsal Kg Beringin adalah merupakan satu lagi mercutanda Kg Beringin. Bermula sekitar tahun 2007 semasa lawatan YDP Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) ketika itu,beliau telah mengumumkan peruntukan seebanyak RM20,000-00 bagi membina sebuah gelanggan futsal.

KURSUS ASAS GUNTING RAMBUT LELAKI

Tarikh  : 18 Februari 2024  Ahad
Masa  : 9.00 pg - 12.00tgh
Tempat  : Balai Raya Kg Beringin
 
JPKK Kg Beringin dengan kerjasama Kolej Komuniti Kota Melaka telah menganjurkan Kursus Asas Gunting Rambut Lelaki bertempat di Balai Raya Kg Beringin. Seramai 20 orang peserta telah mengikuti kursus ini dan mempelajari kaedah menggunting rambut lelaki secara asas.
Didalam ucapan aluan, Pengerusi JPKK Kg Beringin, En Adam bin Mohd mengucapkan terima kasih kepada pihak Kolej Komuniti Kota Melaka yang telah sudi berkolaborasi dengan pihak JPKK Kg Beringin untuk menganjurkan kursus ini. Tujuan kursus ini diadakan adalah bagi menarik minat komuniti setempat dalam mempelajari cara gunting rambut yang boleh dijadikan sebagai punca pendapatan tambahan.
Didalam ucapan perasmian penutup, YB Tuan Zahari bin Abd Kalil mengucapkan tahniah kepada JPKK Kg Beringin diatas penganjuran kali pertama ini. Menurut beliau perniagaan gunting rambut ini kebanyakannya diceburi oleh kaum lain terutama kaum India dan berharap para peserta dapat mengambil peluang ini untuk terus menimba ilmu dan membuka perniagaan gunting rambut sendiri.
Terdahulu, Wakil dari Kolej Komuniti Kota Melaka memaklumkan bahawa terdapat banyak kursus jangka pendek yang boleh diikuti. Diantaranya ialah kursus dandanan diri, masakan, solekan dan sebagainya. Beliau berharap kepada para belia yang berminat bolehlah menghubungi beliau untuk mengetahui lebih lanjut lagi mengenai kursus kursus yang telah beliau nyatakan.
Program ini diakhiri dengan acara penyampaian sijil kepada para peserta dan jamuan makan tengahari.
 
Sila klik disini untuk Galeri penuh aktiviti. 




Share:

CERAMAH PERDANA RAMADHAN 1445H

 Tarikh : 17 Februari 2024  Sabtu
Masa : selepas solat Maghrib
Tempat : Masjid An Nur Kg Beringin

Sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan tidak berapa lama lagi, Lembaga Masjid An Nur Kg Beringin telah menganjurkan satu program Ceramah Perdana dengan tajuk ceramah "Menghidupkan Ramadhan di Zaman Kini". 
Ceramah yang telah disampaikan oleh YBhg Ustaz Muhammad Ridhwan bin Mohd Danian berkisar kepada cara masyarakat masa kini menghidupkan suasana bulan Ramadhan. Ustaz juga mengupas mengenai beberapa perkara yang perlu dihindari dan juga perkara yang perlu diberi perhatian oleh masyarakat masa kini agar amal kebajikan yang dilaksanakan mendapat ganjaran pahala yang berganda sepanjang bulan yang mulia ini.
Ceramah ini turut dihadiri oleh YB Tuan Zahari bin Abd Kalil, ADUN Durian Tunggal.
 
Sila klik disini untuk Galeri penuh aktiviti.


 

Share:

UCAPAN PENGERUSI JPKK

LOGO DAN MOTTO

LAGU KG BERINGIN