• Masjid ANNUR Kg Beringin

    Masjid ANNUR Kg Beringin telah dibina diatas tanah seluas 1 ekar dengan harga sekitar RM40,000-00. Masjid ini mempunyai konsep dan struktur yang sama dengan Masjid Negeri Melaka iaitu Masjid Al Azim dan menelan belanja sekitar RM500,000-00.

  • Balai Raya Kg Beringin

    Balai Raya Kg Beringin yang baru telah didirikan pada sekitar tahun 2007 di dalam kawasan perkarangan masjid dengan peruntukan sebanyak RM80,000-00.

  • Bilik Gerakan JPKK

    JPKK Kg Beringin telah berjaya membina sebuah Bilik Gerakan. Sebelum ini, mesyuarat telah diadakan diruangan pentas yang juga berfungsi sebagai Bilik Mesyuarat di dalam Balai Raya Kg Beringin.

  • Dataran Wawasan

    Sempena Majlis Dialog bersama YB Ahli Parlimen Alor Gajah ketika itu,YB Datuk telah meluluskan peruntukan sebanyak RM15,000-00 bagi membina sebuah pentas serbaguna di Balai Raya Kg Beringin.

  • Anjung Niaga JPKK

    Anjung Niaga JPKK Kg Beringin dibina apabila Balai Raya lama Kg Beringin diubahsuai menjadi 5 lot kedai dan mula disewa pada tahun 2007.

  • Zon Futsal

    Zon Futsal Kg Beringin adalah merupakan satu lagi mercutanda Kg Beringin. Bermula sekitar tahun 2007 semasa lawatan YDP Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) ketika itu,beliau telah mengumumkan peruntukan seebanyak RM20,000-00 bagi membina sebuah gelanggan futsal.

FIESTA BENDANG MERDEKA TAHUN 2023

Aktiviti   : Fiesta Bendang Merdeka Tahun 2023
Tarikh   :  10 September 2023  Ahad
Masa   :  8.00 pagi - 1.00 tgh
Tempat  :  Bendang Kg Beringin

JPKK Kg Beringin dengan kerjasama JAPERUN Durian Tunggal telah mengadakan aktiviti sukan di sawah bendang Kg Beringin sempena sambutan bulan kemerdekaan Malaysia yang ke 66 tahun. Aktiviti yang dilaksanakan diperingkat DUN Durian Tunggal ini turut disertai oleh 10 buah kampung lain dan Kg Beringin bertindak selaku tuan rumah bagi program berkenaan.

Acara dimulakan dengan ucapan perasmian oleh YB Tuan Zahari bin Abd Kalil, ADUN Durian Tunggal yang juga merupakan anak jati Kg Beringin. Selepas acara perasmian, urusetia pertandingan memberi sedikit taklimat kepada para peserta mengenai acara sukan yang mereka sertai.

Di kawasan bendang, acara dimulakan dengan Acara Mengocak Ikan Kategori Lelaki dan diteruskan pula untuk acara bagi kategori wanita. Setelah selesai acara tersebut, kanak kanak yang hadir dijemput untuk menyertai acara Bola Beracun kategori terbuka. Selepas itu, acara ragbi sawah pula mengambil tempat dimana ianya telah disertai oleh lebih 8 buah kampung. Acara sukan dibendang diakhiri dengan pertandingan tarik tali lelaki.

Sementara di kawasan daratan pula, beberapa aktiviti juga telah diadakan iaitu sepakraga bulatan, congkak, batu seremban dan pertandingan gubahan dari bahan terbuang bertemakan Hari Kemerdekaan.
Acara penyampaian hadiah mengakhiri Fiesta Bendang Merdeka Peringkat DUN Durian Tunggal dimana hadiah telah disampaikan oleh YB ADUN Durian Tunggal. Sempena aktiviti ini, Pertandingan TikTok Challenge juga turut diadakan secara terbuka dengan #fiestabendangdt

Fiesta Bendang Merdeka ini turut dihadiri oleh YB Datuk Fairul Nizam bin Roslan, Exco Kerajaan Negeri Melaka merangkap Ketua UMNO Bahagian Alor Gajah.

Sila klik disini untuk Galeri penuh di laman facebook.






Share:

UCAPAN PENGERUSI JPKK

LOGO DAN MOTTO

LAGU KG BERINGIN