• Masjid ANNUR Kg Beringin

    Masjid ANNUR Kg Beringin telah dibina diatas tanah seluas 1 ekar dengan harga sekitar RM40,000-00. Masjid ini mempunyai konsep dan struktur yang sama dengan Masjid Negeri Melaka iaitu Masjid Al Azim dan menelan belanja sekitar RM500,000-00.

  • Balai Raya Kg Beringin

    Balai Raya Kg Beringin yang baru telah didirikan pada sekitar tahun 2007 di dalam kawasan perkarangan masjid dengan peruntukan sebanyak RM80,000-00.

  • Bilik Gerakan JPKK

    JPKK Kg Beringin telah berjaya membina sebuah Bilik Gerakan. Sebelum ini, mesyuarat telah diadakan diruangan pentas yang juga berfungsi sebagai Bilik Mesyuarat di dalam Balai Raya Kg Beringin.

  • Dataran Wawasan

    Sempena Majlis Dialog bersama YB Ahli Parlimen Alor Gajah ketika itu,YB Datuk telah meluluskan peruntukan sebanyak RM15,000-00 bagi membina sebuah pentas serbaguna di Balai Raya Kg Beringin.

  • Anjung Niaga JPKK

    Anjung Niaga JPKK Kg Beringin dibina apabila Balai Raya lama Kg Beringin diubahsuai menjadi 5 lot kedai dan mula disewa pada tahun 2007.

  • Zon Futsal

    Zon Futsal Kg Beringin adalah merupakan satu lagi mercutanda Kg Beringin. Bermula sekitar tahun 2007 semasa lawatan YDP Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) ketika itu,beliau telah mengumumkan peruntukan seebanyak RM20,000-00 bagi membina sebuah gelanggan futsal.

PERARAKAN MAULUD NABI DAN CERAMAH AGAMA

Tarikh : 16 Oktober 2022  Ahad
Masa : 5.00 ptg
Tempat : Berhimpun di Beringin Hilir

Sempena Sambutan Maulidurrasul pada tahun ini, Jawatankuasa Lembaga Masjid An-Nur Kg Beringin telah menganjurkan satu perarakan kontigen Maulidurrasul yang dihadiri oleh Warga Kg Beringin dan Taman Inang Sari.

Perarakan bermula dihadapan rumah Puan Rohhana Mohd Dom melalui Taman Inang Sari dan berakhir di perkarangan Masjid An-Nur Kg Beringin pada jam 6.30 ptg. Sebaik tiba di perkarangan masjid, para peserta perarakan berehat seketika dan menikmati juadah ringan sebelum bersiap sedia untuk menunaikan solat Maghrib.

Setelah selesai mengerjakan solat Maghrib, satu ceramah agama telah diadakan yang berkisar mengenai kehidupan Nabi Muhammad saw.

Majlis diakhiri dengan solat Isyak berjemaah dan jamuan sebelum para jemaah bersurai.

Sila klik di sini untuk Galeri Penuh program.





Share:

FIESTA BENDANG BERINGIN

Tarikh :  29 Oktober 2022  Sabtu
Masa :  8.00 pg - 12.00 tgh
Tempat : Bendang Kg Beringin

Buat pertama kalinya JPKK Kg Beringin telah menganjurkan acara Sukan Rakyat di Bendang Kg Beringin sempena Program Jom Masuk Kampung KEMAS Negeri Melaka dengan kerjasama JAPERUN Durian Tunggal. Di antara sukan rakyat yang dipertandingkan ialah Pertandingan Memasak, Congkak, Batu Seremban, Sepakraga Bulatan sementara acara di dalam bendang pula adalah Mengocak Ikan, Cari Harta Karun, Bola Beracun, Pukul Bantal, Bola Baling dan Pertandingan Tarik Tali.

Acara acara ini telah mendapat sambutan hebat daripada Warga Beringin dan Taman Inang Sari serta penduduk dari kampung sekitarnya. Acara dimulakan secara serentak iaitu Pertandingan Memasak, Congkak dan Batu Seremban. Bagi acara di bendang pula telah dimulakan dengan acara mencari harta karun dan seterusnya acara bola beracun.

Suasana menjadi riuh rendah apabila acara kemuncak iaitu acara tarik tali di mulakan. YB ADUN Durian Tunggal, YB Tuan Zahari bin Abd Kalil turut turun ke bendang untuk bersama sama meniup wisel bagi memulakan acara tarik tali ini.

Pada jam 11.30pg pula Konti sementara dari Melakafm telah bersiaran secara lintas langsung dengan sessi temuramah bersama YB ADUN Durian Tunggal. Bagi Pertandingan Tik Tok Challenge pula, Johan adalah Sdr Afiq sementara Naib Johan dimenangi oleh Sengkuang Calit dan tempat Ketiga adalah Sdr Amirul.

Program Jom Masuk Kampung KEMAS Negeri Melaka adalah anjuran bersama JPKK Kg Beringin, Komuniti Keluarga Malaysia Kg Beringin, KRT Taman Inang Sari dan Belia 4B Kg Beringin.

JPKK Kg Beringin mengucapkan ribuan terima kasih diatas sambutan yang diberi dan bercadang untuk menjadikan Fiesta Bendang Beringin sebagai acara tahunan dalam Kalender Aktiviti JPKK Kg Beringin pada masa akan datang.

Sila klik disini untuk Galeri Penuh Aktiviti.







Share:

SENARAI ANAK YATIM


Share:

JUALAN MURAH KELUARGA MALAYSIA

Satu Program Jualan Murah Keluarga Malaysia telah diadakan pada 10 September 2022 Sabtu bermula 8.00 pagi diperkarangan Balai Raya Kg Beringin dengan kerjasama JAPERUN Durian Tunggal. Pelbagai barangan keperluan harian seperti ayam, ikan, sayuran, beras, minyak masak dan sebagainya telah dijual dengan harga yang sangat murah daripada harga pasaran. 
Warga Kg Beringin dan Taman Inang Sari telah beratur seawal jam 7.30 pagi bagi mendapatkan barangan keperluan mereka kerana barangan yang dijual adalah terhad dan berdasarkan kepada siapa cepat dia dapat. Walau bagaimanapun had belian dikawal bagi memastikan semua dapat membeli barangan tersebut.
 YB ADUN Durian Tunggal turut hadir bagi melihat perjalanan program disamping beramah mesra dengan komuniti setempat. Semua barangan telah habis dijual seawal jam 10.00 pagi sehingga ada beberapa penduduk yang tidak berkesempatan untuk membeli kerana lewat hadir ke program. 
JPKK Kg Beringin mengucapkan terima kasih kepada semua diatas sambutan luar jangkaan yang diberikan terhadap program ini.

Share:

BUKU PELAWAT

Share:

PERTANDINGAN BOWLING TERTUTUP BELIA 4B KG BERINGIN

 Belia 4B Kg Beringin telah menganjurkan satu pertandingan bowling tertutup yang merupakan aktiviti pertama dibawah Jawatankuasa Belia 4B yang baru yang diterajui oleh Sdr Muhammad Atif bin Adam. Pertandingan ini telah mendapat sambutan dengan penyertaan 20 kumpulan yang terdiri daripada 4 orang pemain.

Johan bagi pertandingan ini dimenangi oleh Team 5 yang terdiri daripada Amirul, Nazrin, Yusri dan Wafir. Naib Johan pula dimenangi oleh Team 6 (Arif, Iqbal, Redzuan dan Sabri) sementara Tempat Ketiga dimenangi oleh Team 3 (Arifin, Azman, Hafiz dan Taufiq) Pemenang bagi Kategori perseorangan Wanita dimenangi oleh Cik Nasuha sementara bagi Kategori Lelaki dimenangi oleh Sdr Sabri. Kategori Khas bagi Kumpulan Paling Havoks dimenangi oleh Team 2 (Adzwan, Asrul, Syafiq dan Zakaria)

JPKK Kg Beringin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Belia 4B Kg Beringin kerana telah berjaya menganjurkan program ini.

Sila klik disini untuk ke Galeri Penuh program.



Share:

PROGRAM SEMARAK MERDEKA

 Sempena sambutan bulan Kemerdekaan Malaysia yang ke 65, JPKK Kg Beringin telah menganjurkan Program Semarak Merdeka pada 28 Ogos 2022 Ahad bertempat di Padang 1 Taman Inang Sari, Beringin. Antara pengisian program tersebut adalah Acara Senamrobik, Sukaneka, Sukan Rakyat, Pertandingan Mewarna, Pertandingan Tarik Tali, Konvoi Berbasikal serta pameran oleh agensi kerajaan iaitu Jabatan Penerangan, AADK dan pemeriksaan kesihatan dari Klinik Kesihatan Durian Tunggal.

Acara telah dimulakan dengan senamrobik bersama komuniti dan seterusnya pertandingan mewarna oleh kanak kanak berumur 6 tahun kebawah. Setelah itu acara sukaneka telah diadakan dengan pelbagai kategori seperti Tepung Kormak, Tiup Belon, Cari Getah Dalam Tepung, Semakin Jauh Semakin Sayang, dan Kepit Belon. Acara Sukan Rakyat turut diadakan dengan pertandingan Congkak, Batu Seremban dan Ceper. Seterusnya pertandingan Tarik Tali Wanita dan Lelaki pula telah diadakan dimana acara ini telah menggamatkan suasana program dengan telatah para peserta yang bersungguh sungguh ingin memenangi pertandingan.

Pada jam 9.30 pagi,  konvoi Berbasikal Merdeka telah dilepaskan dimana konvoi ini telah berarak mengelilingi Taman Inang Sari hingga ke sekitar Kg Beringin. Konvoi ini turut disertai oleh YB ADUN Durian Tunggal dan diiringi dengan lagu lagu patriotik bagi mewujudkan suasana sambutan kemerdekaan.

Didalam ucapan perasmian penutup, YB Tn Zahari bin Abd Kalil ADUN Durian Tunggal merasa amat teruja dengan sambutan yang diberikan oleh Warga Kg Beringin dan Taman Inang Sari dalam menjayakan program ini. Beliau seterusnya berharap program sebegini akan dapat mengukuhkan hubungan silatulrahim antara penduduk serta dapat menghayati erti kemerdekaan Negara Malaysia yang tercinta ini.

Program diakhiri dengan upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang, cabutan bertuah dengan 90 hadiah serta penyampaian hadiah Pertandingan Bowling Belia 4B Kg Beringin.

JPKK Kg Beringin mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB ADUN Durian Tunggal, syarikat syarikat serta individu yang telah memberi sumbangan bagi menjayakan program ini. Program Semarak Merdeka adalah merupakan satu program anjuran bersama JPKK Kg Beringin, KRT Taman Inang Sari, Komuniti Keluarga Malaysia Kg Beringin, Belia 4B Kg Beringin, SRS Taman Inang Sari dan COMBI Taman Inang Sari.

Sila klik disini untuk ke Galeri Penuh program.




Share:

ANUGERAH DESA SEJAHTERA 1MSIA PERINGKAT NEGERI MELAKA 2015

ARKIB GALERI : Untuk ke Galeri Penuh sila klik disini.













Share:

ANUGERAH DESA SEJAHTERA 1MSIA PERINGKAT KEBANGSAAN 2015

 ARKIB GALERI : Untuk Galeri Penuh sila klik disini.












Share:

AHLI JAWATANKUASA KOMUNITI MADANI KG BERINGIN TAHUN 2024

 



Share:

PROGRAM KACAU DODOL DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN AIDILFITRI

Aktiviti    :  Program Kacau Dodol & Penyampaian Sumbangan Aidilfitri
Tarikh      :  24 April 2022  Ahad
Masa        :  bermula jam 3.00 ptg
Tempat     :  Perkarangan Zon Futsal Kg Beringin

Biro Belia, Sukan & NGO JPKK Kg Beringin bersama KRT Taman Inang Sari telah bergabung bagi menganjurkan Program Kacau Dodol & Penyampaian Sumbangan sempena Aidilfitri pada tahun ini.

Program bermula sekitar jam 3.00ptg dimana sebanyak 3 kawah dodol mula di kacau dengan kerjasama mereka yang hadir terutama dari kalangan para Belia Kg Beringin dan Taman Inang Sari. Dengan irama lagu lagu raya yang bergema sepanjang program berlangsung, kemeriahan mengacau dodol amat dirasai oleh para hadirin setelah 2 tahun tidak berpeluang melakukannya akibat pandemik Covid 19.

Pada jam 5.30ptg, YB Senator Datuk Wira Koh Nai Kwong turut hadir bagi memberi sokongan kepada penganjuran program ini. YB Senator ditemani oleh YB ADUN Durian Tunggal serta Pengerusi JPKK Kg Beringin. YB Senator turut bersetuju untuk memberi sumbangan bagi menampung sebahagian daripada kos program ini.

Dalam sessi Penyampaian Sumbangan sempena Aidilfitri, YB Tuan Zahari bin Abd Kalil, ADUN Durian Tunggal yang merupakan anak jati Kg Beringin telah sudi untuk memberi sumbangan peribadi kepada hampir 70 orang penerima sumbangan Warga Kg Beringin dan Taman Inang Sari dari kategori Warga Emas, Warga yg Sakit, Ibu Tunggal serta Anak Yatim. Didalam ucapan ringkas YB, beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih atas doa restu dan sokongan yang diberi oleh penduduk Kg Beringin sehingga beliau berjaya untuk sampai ke tahap kini. YB dan isteri seterusnya turut menjamah juadah berbuka puasa yang disediakan bersama para hadirin setelah tiba waktu Berbuka Puasa. Program Kacau Dodol ini turut dihadiri oleh YB Datuk Ab Wahab bin Ab Latip, Mantan ADUN Durian Tunggal. Program berakhir sekitar jam 11.30 mlm dan agihan dodol dilakukan pada keesokan hari oleh urusetia yang dilantik.

Akhir kalam, JPKK Kg Beringin ingin merakamkan ucapan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN kepada seluruh Warga Kg Beringin dan Taman Inang Sari.

Sila klik disini untuk Galeri Penuh program.









Share:

MAJLIS KENDURI TAHLIL ARWAH BERKELOMPOK

 Aktiviti    : Majlis Kenduri Tahlil Arwah Berkelompok

Tarikh      :  26 March 2022  SABTU

Masa        :  selepas solat Maghrib

Jawatankuasa Lembaga Masjid ANNUR Kg Beringin telah menganjurkan satu majlis kenduri Tahlil secara berkelompok sempena menyambut Ramadhan yang bakal tiba untuk anak kariah Masjid ANNUR Kg Beringin. Majlis kenduri yang telah menjadi acara tahunan semenjak sebelum pandemik ini turut dihadiri oleh YB Tuan Zahari bin Abd Kalil, ADUN Durian Tunggal.

Didalam ucapan sulung YB ADUN, beliau mengucapkan terima kasih kepada seluruh Warga Beringin diatas kerjasama yang telah diberi didalam mewujudkan komuniti Kg Beringin yang harmoni dan berjaya. Sebagai anak jati Kg Beringin, YB ADUN berharap kerjasama ini akan diteruskan dan  segala perbalahan sekiranya ada hendaklah dilupakan agar Kg Beringin akan terus maju ke hadapan. 

Bacaan tahlil ini telah dipimpin oleh Imam I dan Imam 2 Masjid ANNUR Kg Beringin dengan mendapat sebanyak 75 penyertaan dan 512 nama arwah telah dibaca. Majlis diakhiri dengan solat Isyak secara berjemaah dan jamuan.

Jawatankuasa Lembaga Masjid ANNUR Kg Beringin mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan kewangan oleh YB ADUN dan sumbangan 2 ekor kambing oleh salah seorang Warga Kg Beringin.

Sila klik disini untuk Galeri penuh aktiviti.


    


Share:

BIDANG TUGAS BIRO BIRO JPKK

 
1.    BIRO PENGURUSAN KEWANGAN
  • Menjalankan tugas sebagai Bendahari untuk merancang, mengurus, melaksana, mengawal dan memantau aktiviti pengurusan sumber kewangan (hasil dan perbelanjaan)
  • Menyediakan rekod kewangan bagi segala urusan kewangan JPKK (hasil dan perbelanjaan).
  • Menyediakan Penyata Kewangan Bulanan dan Laporan Kewangan JPKK.
  • Mengagihkan Elaun Kehadiran Mesyuarat yang disalurkan ke akaun JPKK kepada Ahli Jawatankuasa yang hadir mesyuarat.
2.    BIRO EKONOMI & KEUSAHAWAN
  • Menggerakkan program/aktiviti ekonomi melalui kerjasama/bantuan Kerajaan/Swasta kepada penduduk kampung.
  • Menggerakkan masyarakat untuk melaksanakan aktiviti ekonomi berdasarkan potensi dan sumber yang dikenalpasti.
  • Mengenalpasti sumber sumber sedia ada yang berpotensi untuk menjana pendapatan kepada kampung mengikut keutamaan dan menyediakan kertas cadangan serta laporan pelaksanaan.
  • Mengadakan aktiviti ekonomi seperti ekspo, pameran atau karnival seperti pasar malam, jualan langsung, sewaan dan sebagainya.
3.    BIRO KEBAJIKAN & KESUKARELAWAN
  • Mengenal pasti jenis jenis bantuan untuk membantu penduduk kampung yang dhaif untuk membuat permohonan.
  • Merancang program program berbentuk kebajikan seperti pungutan derma dan ziarah.
  • Mengenalpasti dan membela penduduk yang dhaif, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan uzur.
  • Menganjurkan aktiviti kesukarelawanan dalam membantu masyarakat kampung.
  • Mengemaskini data senarai nama penduduk kategori Asnaf, Orang Kelainan Upaya (OKU), Warga Emas dan anak yatim.
4.    BIRO PENDIDIKAN & INOVASI
  • Memupuk budaya ilmu dan menguruskan latihan dikalangan penduduk kampung berasaskan keperluan penduduk.
  • Mendapatkan maklumat mengenai peluang peluang latihan kemahiran dan kemajuan kerjaya untuk disebarkan kepada penduduk kampung.
  • Menganjurkan Karnival Pendidikan dan kerjaya di peringkat kampung.
  • Menganjurkan kelas kelas tuisyen kepada pelajar yang akan menghadapi peperiksaan.
  • Menguruskan bantuan pendidikan kepada pelajar kampung yang cemerlang.
5.    BIRO PENGURUSAN ASET
  • Merekodkan semua aset JPKK dalam Buku Daftar Aset.
  • Memastikan semua aset diberi tanda pengenalan dengan cara melabel atau mengecat atau mencetak bagi menunjukkan tanda Hak JPKK Kg Beringin.
  • Merekokkan pergerakan aset mudah alih dengan mewujudkan Buku Daftar Pergerakan Aset.
6.    BIRO TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI
  • Menggalakkan penggunaan teknologi maklumat kepada masyarakat kampung terutama golongan belia.
  • Membantu menyelaras penyediaan mesyuarat secara atas talian sekiranya perlu.
  • Mempromosi kampung melalui media sosial iaitu TikTok, Facebook serta laman web/blog.
  • Menyebarluaskan maklumat program dan aktiviti yang dijalankan oleh biro biro jawatankuasa.
7.    BIRO PEMBANGUNAN PRASARANA
  • Menyelaras dan bertanggungjawab memastikan pembangunan prasarana dilaksana mengikut perancangan dan jadual serta mengikut keutamaan.
  • Memantau program/aktiviti pembangunan/pembaikan dan pemuliharaan yang diperolehi dilaksanakan mengikut prosidur dan berjalan dengan lancar.
  • Memberi maklumbalas kepada agensi terlibat mengenai projek projek yang dikenalpasti bermasalah untuk tujuan penambahbaikan.
  • Mewujudkan jaringan kerjasama dengan pelbagai Agensi Kerajaan/Swasta/NGO bagi tujuan pembangunan berterusan.
8.   BIRO AGAMA & ROHANI
  • Mengadakan program program pada bulan kebesaran Islam misalnya pada bulan Ramadhan (tadarus, berbuka puasa, tazkirah, khatam Al Quran dsb)
  • Mengadakan program atau majlis majlis ilmu secara berkala.
  • Mengadakan bengkel atau kursus atau kelas kelas tambahan pengajian agama (Kelas Tahsin Al Quran, Kelas Tajwid, Kelas Solat dsb)
9.    BIRO HAL EHWAL WANITA & KELUARGA
  • Mengadakan aktiviti yang dapat menggalakkan permuafakatan dikalangan wanita di kampung.
  • Memastikan kepentingan golongan wanita di kampung terjaga terutama golongan ibu tunggal.
  • Menyenaraikan senarai bantuan yang disediakan oleh Kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan seterusnya membantu menyelaras permohonan bagi golongan wanita dan keluarga yang memerlukan.
10.    BIRO BELIA, SUKAN DAN NGO
  • Merancang dan melaksanakan program program kemasyarakatan dengan penglibatan tenaga belia.
  • Merancang dan melaksanakan program sukan untuk golongan belia serta aktiviti bersama pertubuhan NGO.
  • Menyediakan peralatan dan kemudahan sukan untuk keperluan masyarakat kampung.
  • Memberi galakan kepada semua lapisan masyarakat terutama golongan belia untuk bergiat dalam sukan bagi melahirkan generasi yang sihat.
11.    BIRO KESELAMATAN
  • Memastikan keselamatan kampung daripada segala bentuk ancaman termasuk kemalangan, bencana, penyakit berjangkit, aktiviti jenayah dan sebagainya.
  • Menggerakkan Unit Bencana Kg Beringin bagi membantu masyarakat kampung yang ditimpa bencana seperti banjir, pokok tumbang dan lain lain yang berkaitan.
  • Menyedia dan menyelenggara infrastruktur/kemudahan peralatan keselamatan.
-      
12.    BIRO KEBERSIHAN & KECERIAAN
  • Menggalakkan penduduk kampung menjaga kebersihan persekitaran dan kemudahan awam.
  • Mengadakan aktiviti yang dapat memupuk semangat bekerja, bermuafakat dan tolong menolong di kalangan masyarakat kampung.
  • Mengadakan kerjasama dengan agensi kerajaan berkaitan pemuliharaan alam sekitar.
  • Memastikan persekitaran kampung di dalam keadaan ceria dan menarik.
  • Memantau kerja kerja pekerja PMH.
13.    BIRO KESIHATAN
  • Bekerjasama dengan agensi kerajaan yang berkaitan dalam kegiatan khidmat nasihat dan penguatkuasaan undang undang mencegah wabak penyakit berjangkit.
  • Merancang dan melaksanakan aktiviti yang menggalakkan penjagaan kesihatan, gaya hidup sihat dan kempen kesihatan.
Share:

BIRO BIRO JPKK KG BERINGIN




Share:

GOTONG ROYONG BILIK GERAKAN JPKK KG BERINGIN

Aktiviti  : Gotong Royong Bilik Gerakan JPKK
Tarikh    :  6 Mac 2022  Ahad
Masa      :  10.00 pg
Tempat   :  Bilik Gerakan JPKK Kg Beringin 

Satu aktiviti gotong royong bagi menceriakan Bilik Gerakan JPKK Kg Beringin telah diadakan pada 6 Mac 2022 lalu. Bilik Gerakan JPKK Kg Beringin telah di bersihkan, dicat semula dan papan tanda Bilik Gerakan telah dipasang. AJK dikalangan wanita pula telah membersihkan bilik KOSPEN yang terletak bersebelahan dengan Bilik Gerakan JPKK Kg Beringin.

Dengan Bilik Gerakan JPKK yang berwajah baru ini, diharap akan dapat mewujudkan suasana yang lebih kondusif dan lebih formal dikalangan AJK ketika mesyuarat bulanan JPKK diadakan.




Share:

CERAMAH ISRAK MIKRAJ

 Aktiviti    :    Ceramah Israk Mikraj
Tarikh       :    5 Mac 2022 SABTU
Masa         :   Selepas solat Maghrib
Tempat      :   Masjid ANNUR Kg Beringin

Jawatankuasa Lembaga Masjid ANNUR Kg Beringin telah menganjurkan Ceramah Israk Mikraj dengan Penceramah Undangannya iaitu Ustaz Muhammad Ridhwan bin Mohd Danian. Ceramah ini turut dihadiri oleh YB Tuan Zahari bin Abd Kalil, ADUN Kawasan Durian Tunggal.

Israk Mikraj merupakan satu peristiwa penting yang selalu dirayakan saban tahun oleh seluruh umat Islam. Menurut Ustaz Ridhwan, Israk bererti perjalanan Nabi Muhammad saw dari Masjid Al Haram di Mekah ke Masjid Al Aqsa di Baitul Maqdis Palestin sementara Mikraj pula merujuk kepada perjalanan Nabi Muhammad saw dari Masjid Al-Aqsa ke Sidrat Al-Muntaha di langit ketujuh.

Daripada pelbagai kejadian yang disaksikan sendiri oleh Rasulullah saw, ada suatu hal yang amat besar dan penting yang melibatkan proses peribadatan umatnya iaitu perintah Allah Taala agar melaksanakan ibadat solat fardhu. Ustaz seterusnya berharap agar semua para jemaah dapat menjaga solat 5 waktu sehari  kerana terdapat banyak sekali kelebihan-kelebihan atau keistimewaan yang hanya ada pada solat dan tidak pada ibadah-ibadah lain.

Ceramah berakhir sekitar jam 9.00 mlm dengan solat Isyak secara berjemaah dan jamuan ringan.




Share:

UCAPAN PENGERUSI JPKK

LOGO DAN MOTTO

LAGU KG BERINGIN