• Masjid ANNUR Kg Beringin

    Masjid ANNUR Kg Beringin telah dibina diatas tanah seluas 1 ekar dengan harga sekitar RM40,000-00. Masjid ini mempunyai konsep dan struktur yang sama dengan Masjid Negeri Melaka iaitu Masjid Al Azim dan menelan belanja sekitar RM500,000-00.

  • Balai Raya Kg Beringin

    Balai Raya Kg Beringin yang baru telah didirikan pada sekitar tahun 2007 di dalam kawasan perkarangan masjid dengan peruntukan sebanyak RM80,000-00.

  • Bilik Gerakan JPKK

    JPKK Kg Beringin telah berjaya membina sebuah Bilik Gerakan. Sebelum ini, mesyuarat telah diadakan diruangan pentas yang juga berfungsi sebagai Bilik Mesyuarat di dalam Balai Raya Kg Beringin.

  • Dataran Wawasan

    Sempena Majlis Dialog bersama YB Ahli Parlimen Alor Gajah ketika itu,YB Datuk telah meluluskan peruntukan sebanyak RM15,000-00 bagi membina sebuah pentas serbaguna di Balai Raya Kg Beringin.

  • Anjung Niaga JPKK

    Anjung Niaga JPKK Kg Beringin dibina apabila Balai Raya lama Kg Beringin diubahsuai menjadi 5 lot kedai dan mula disewa pada tahun 2007.

  • Zon Futsal

    Zon Futsal Kg Beringin adalah merupakan satu lagi mercutanda Kg Beringin. Bermula sekitar tahun 2007 semasa lawatan YDP Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) ketika itu,beliau telah mengumumkan peruntukan seebanyak RM20,000-00 bagi membina sebuah gelanggan futsal.

Usahawan Kampung Beringin

Aktiviti ekonomi penduduk dijalankan melalui pertubuhan, persatuan dan individu. Kumpulan individu, kontraktor dan pengusaha juga membentuk ekonomi penduduk sebagai kerjaya dan sumber pendapatan sampingan. Gandingan perkhidmatan oleh kumpulan kumpulan ini telah mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan didalam beberapa bidang tertentu.

ANTARA USAHAWAN KAMPUNG BERINGIN :




Share:

Senarai Penerima Bantuan

Perkhidmatan bantuan kewangan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat disediakan kepada kumpulan sasar yang memerlukan supaya dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna. JPKK telah berjaya membantu golongan Warga Kg Beringin yang memerlukan bantuan bagi meneruskan kelangsungan hidup yang lebih baik.



Share:

Senarai Petugas PMH

Kampung Beringin mempunyai seramai 10 orang Pekerja Miskin Harian (PMH) yang ditugaskan untuk menjaga kebersihan beberapa kawasan di sekitar Kg Beringin. Selain dari membersihkan kawasan seliaan mereka, Sukarelawan PMH ini juga turut terlibat dalam aktiviti aktiviti gotong royong yang dianjurkan oleh JPKK.

Share:

SENARAI ORANG KELAINAN UPAYA




Share:

SENARAI IBU TUNGGAL



Share:

ORGANISASI KAMPUNG




Share:

KEMUDAHAN ASAS







Share:

KEGIATAN EKONOMI






Share:

Hak Milik Penduduk



Share:

KEGUNAAN TANAH





Share:

Demografi












Share:

Peta Lokasi


Share:

Susun Atur Kampung


Share:

Logo dan Motto


DEFINASI LOGO
  1. Warna dan bulatan biru melambangkan Penduduk Kampung Beringin hidup bersatu padu.
  2. Warna  hijau melambangkan keharmonian dan kemesraan Penduduk Kampung Beringin serta saling memerlukan antara satu sama lain dan lambang pokok beringin ada bersempena nama Kampung Beringin.
  3. Warna merah dan lambang  seperti rumah melambangkan keteguhan penduduk Kampung Beringin bersedia menghadapi sebarang cabaran kehidupan yang kian mencabar.
  4. Lambang 3 orang sedang memegang logo mewakili komuniti Kg Beringin yang sentiasa bekerjasama bagi memastikan Kampung Beringin maju kehadapan didalam menuju kejayaan.


DEFINASI MOTTO

Share:

Sejarah Kg Beringin

Sejarah Kg Beringin berasal daripada pohon pohon "Beringin" yang tumbuh rendang ditebing tebing sungai. Namun pada masa yang sama kampung ini juga dikenali sebagai Kg Tebing Tinggi berpandukan dari sistem arkeologi kerana pada masa itu penduduk dari kampung luar datang ke kampung ini sama ada  ke masjid, kedai, rumah saudara mara atau sahabat handai terpaksa menyeberangi sebatang sungai yang bertebing tinggi. Maka disebabkan panggilan Tebing Tinggi itu lebih meluas, Kg Beringin juga dikenali sebagai Kg Tebing Tinggi. 
Pada awal tahun 70an kerajaan telah membina sebatang jambatan dan jalanraya yang menghubungkan Kg Tebing Tinggi dengan Kg Pantai Belimbing. Disebabkan adanya kemudahan itu maka dari semasa kesemasa nama Tebing Tinggi sudah mula pudar dikalangan penduduk. Maka kampung ini dikenali dengan satu nama iaitu Kg Beringin. 
Dahulu, didalam kampung ini mempunyai 4 solok iaitu Solok Beliau, Solok Noresah, Solok Duku dan Solok Panchur. Pada ketika itu, Solok Duku dan Solok Panchur terdiri dari satu mukim atau satu kariah. Namun pada tahun 1975 telah berlaku pemisahan kariah apabila penduduk Solok Duku dan Solok Panchur telah mendirikan sebuah masjid. Maka tinggallah Kg Beringin dengan kariahnya yang terdiri dari Solok Beliau dan Solok Noresah. 
Pendapatan penduduk kampung pada masa dahulu adalah melalui hasil bercucuk tanam, menoreh getah dan menternak haiwan. Keluasan sawah padi di Kg Beringin pada masa dahulu ialah 55 ekar dan tanah rezab 5 ekar. Sehingga kehari ini, tanaman masih lagi diusahakan oleh penduduk kampung dengan tanaman padi 4 bulan dan secara komersial. Manakala kebanyakan penduduk kampung hari ini pula bekerja sebagai kakitangan kerajaan, perindustrian, pertanian dan sebagainya. 


Share:

Maklumat Asas




Kg Beringin terletak kira kira 24km dari Bandar Melaka dan 8km dari Pekan Alor Gajah. Ia berada didalam Dewan Undangan Negeri Kawasan Durian Tunggal, Parlimen Alor Gajah, Negeri Melaka. Kampung kampung yang berjiran dengannya ialah Kg Pantai Belimbing, Kg Belimbing Dalam dan Kg Tanah Merah dan terdapat sebuah taman perumahan bersebelahan iaitu Taman Inang Sari. Jumlah rumah didalam Kg Beringin ialah sebanyak 102 buah rumah. Kg Beringin mempunyai sebuah masjid, sebuah balai raya, 5 unit lot ruang niaga dibawah JKKK (Anjung Niaga) dan sebuah gelanggang futsal. Didalam kampung ini pula terdapat beberapa pertubuhan dan persatuan seperti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Pertubuhan Khairat Kematian, Persatuan Kendarat,  Pertubuhan Belia 4B dan Kelab SMART (kelas tuisyen percuma).

Share:

AHLI JAWATANKUASA LEMBAGA MASJID ANNUR TAHUN 2024






Share:

Biro Biro JPKK Kg Beringin




Share:

AHLI JAWATANKUASA JPKK TAHUN 2024 2025


Share:

Ucapan Aluan Pengerusi JPKK



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu...

Dipanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah swt kerana dengan izin dan limpah kurnia Nya, Kampung Beringin berjaya menempuh arus kemodenan dalam dunia perkembangan Teknologi Maklumat masa kini dengan tertubuhnya Laman Web Kampung Beringin ini.

Menerusi Laman Web Kampung Beringin, saya berharap ianya akan dapat memberi manfaat kepada penduduk Kampung Beringin khasnya, anak perantau Kampung Beringin serta kepada Warga Malaysia amnya dalam menyampaikan perkembangan terbaru yang terdapat di Kampung Beringin.

Usaha dan penat lelah yang telah dan akan dilaksanakan oleh seluruh barisan ahlijawatankuasa JPKK di harap akan dapat memacu kecemerlangan Kampung Beringin didalam memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada komuniti setempat. Bersama sokongan dari seluruh penduduk Kampung Beringin, saya yakin usaha usaha ini akan berbalas dengan kejayaan bersesuaian dengan motto "MUAFAKAT, HARMONI, PROAKTIF"

Akhir kata, selamat melayari Laman Web Rasmi Kampung Beringin.

Sekian, terima kasih.

Adam bin Mohd PJK
Pengerusi JPKK
Kampung Beringin
76100 Durian Tunggal
Melaka

Share:

Zon Futsal

Zon Futsal Kg Beringin adalah merupakan satu lagi mercutanda yang menjadi kebanggaan Warga Beringin. Bermula sekitar tahun 2007 semasa lawatan YDP Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) ketika itu, Tuan Hj Mustadza bin Abu Bakar telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM20,000-00 bagi membina sebuah gelanggang futsal yang dibina sendiri oleh kontraktor anak jati Kg Beringin iaitu Johari bin Ali dengan harga kos.
Bermula dari situlah, JKKK Kg Beringin terus berusaha untuk mendapatkan peruntukan tambahan agar gelanggang futsal yang dibina secara asasnya sahaja dapat dinaiktaraf dengan kemudahan sebenar sebuah gelanggang futsal.
Akhirnya pada tahun 2009, peruntukan sebanyak RM70,000-00 telah diperolehi dan kemudiannya ditambah lagi sebanyak RM30,000-00 yang mana kesemua peruntukan itu datang dari Pejabat Daerah & Tanah Alor Gajah.
Kini gelanggang futsal ini menjadi sebuah gelanggang serbaguna yang boleh berfungsi untuk permainan lain seperti sepaktakraw, badminton dan bola jaring dan telah menjadi pusat sukan untuk anak anak Kg Beringin. Gelanggang ini dilengkapi dengan padang astrotuf, 6 unit sportlight dan adalah merupakan satu satunya gelanggang futsal yang dimiliki sepenuhnya oleh sesebuah kampung didalam DUN Durian Tunggal manakala 2 buah gelanggang lain yang terletak di Kg Belimbing Dalam dan Kg Bukit Balai adalah dibawah kawalan Jabatan Belia dan Sukan.




Share:

Anjung Niaga

Syukur Alhamdulillah, setelah begitu lama menanti akhirnya impian pihak JKKK Kg Beringin untuk mewujudkan satu pusat perniagaan bagi Warga Beringin akhirnya terlaksana dengan terbinanya Anjung Niaga JKKK Kg Beringin dengan peruntukan sebanyak RM 80,000-00. Anjung Niaga JKKK Kg Beringin dibina apabila Balai Raya lama Kg Beringin diubahsuai menjadi 5 lot kedai melalui peruntukan Pejabat Daerah & Tanah Alor Gajah dan mula disewa pada tahun 2007. Tujuan Anjung Niaga ini diwujudkan adalah untuk memberi peluang kepada Warga Beringin menceburkan diri didalam bidang perniagaan dan seterusnya meningkatkan pendapatan keluarga mereka. Anjung Niaga bukanlah tempat untuk JKKK Kg Beringin 'berniaga' tetapi adalah merupakan tempat bagi memberi ruang dan peluang untuk Warga Beringin berniaga. Sewaan bagi setiap lot hanyalah sebanyak RM100-00 sahaja dan segala pendapatan yang diperolehi akan dimasukkan kedalam Tabung JKKK Kg Beringin dimana ianya akan disalurkan semula kepada Warga Beringin menerusi program program dan aktiviti kemasyarakatan. Peruntukan kewangan dari sumber ini juga diberi kepada pertubuhan lain didalam Kg Beringin untuk bergerak seperti Kelas Tuisyen UPSR, Persatuan Kompang, sumbangan peralatan sekolah kepada pelajar kurang berkemampuan, sumbangan hari raya dan sebagainya. Buat masa kini, terdapat sebuah bengkel besi, sebuah kedai gunting, sebuah kedai perkhidmatan insuran dan sebuah pejabat di Anjung Niaga JKKK Kg Beringin.

Share:

Dataran Wawasan

Sempena Majlis Dialog diantara Jawatankuasa JKKK Kg Beringin bersama YB Datuk Seri Dr Fong Chan Onn, Ahli Parlimen Alor Gajah ketika itu,YB Datuk telah meluluskan peruntukan secara spontan, sebanyak RM15,000-00 bagi membina sebuah pentas serbaguna di Balai Raya Kg Beringin. Ianya diluluskan diatas permintaan salah seorang ajk JKKK semasa sessi dialog dimana JKKK Kg Beringin sering menghadapi kesukaran setiap kali mengadakan aktiviti kerana tiada pentas yang khusus disediakan. Bermula pada September 2007, maka wujudlah pentas serbaguna yang kini dikenali sebagai Dataran Wawasan Kg Beringin yang kini menjadi salah satu mercutanda dan kebanggaan Warga Beringin. Dataran Wawasan dibina dengan mengambil konsep terbuka sebagaimana Dataran Keris di Pekan Alor Gajah, Melaka. Dengan pengubahsuaian yang dibuat ke atas Dataran Keris, kini Dataran Wawasan secara tidak langsung mewarisi nostalgia pembinaan awal Dataran Keris Alor Gajah. Walau bagaimanapun, Dataran Wawasan turut mengalami perubahan dengan konsep yang lebih menarik dan mempersonakan. Kini, dengan peruntukan sebanyak RM 40,000-00 yang diperolehi pada Mei 2014, Dataran Wawasan Kg Beringin telah berubah wajah dengan konsep berbumbung dan terus menjadi lokasi utama setiap program yang dianjurkan oleh JKKK Kg Beringin.



Share:

Bilik Gerakan JPKK

Dengan peruntukan sebanyak RM40,000-00, JKKK Kg Beringin telah berjaya membina sebuah Bilik Gerakan. Sebelum ini, mesyuarat JKKK Kg Beringin telah diadakan diruangan pentas yang juga berfungsi sebagai Bilik Mesyuarat di dalam Balai Raya Kg Beringin. Dengan adanya Bilik Gerakan yang khusus, segala perjalanan pentadbiran telah dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan lancar. Bilik Gerakan JKKK Kg Beringin ini dilengkapi dengan 2 unit penghawa dingin, meja mesyuarat dan 1 unit almari kabinet. Bilik Gerakan ini juga digunakan oleh semua pertubuhan yang terdapat di Kg Beringin untuk bermesyuarat dan juga digunakan sebagai kelas Tuisyen UPSR JKKK Kg Beringin. Ianya juga berfungsi sebagai Bilik Jamuan VIP pada setiap kali majlis atau aktiviti yang dilaksanakan oleh JKKK Kg Beringin.


Share:

Balai Raya Kg Beringin

Balai Raya Kg Beringin yang baru telah didirikan pada sekitar tahun 2007 di dalam kawasan perkarangan masjid dengan peruntukan sebanyak RM80,000-00. Lokasi asalnya telah ditukar memandangkan kedudukannya adalah sangat berbahaya dari segi keselamatan kerana terletak di tepi selekoh jalan. Balai Raya baru Kg Beringin telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka pada ketika itu, Datuk Seri Hj Mohd Ali bin Mohd Rustam. Balai Raya ini telah menjadi pusat aktiviti masyarakat Kg Beringin dan sering juga digunakan oleh jabatan jabatan kerajaan bagi mengadakan seminar dan sebagainya.


Share:

Masjid ANNUR Kg Beringin

Masjid ANNUR Kg Beringin telah dibina diatas tanah seluas 1 ekar yang dibeli dari En Sani bin Dahlan pada harga sekitar RM40,000-00. Masjid ini mempunyai konsep dan struktur yang sama dengan Masjid Negeri Melaka iaitu Masjid Al Azim dan menelan belanja sekitar RM500,000-00. Pada awalnya Kg Beringin hanya mempunyai sebuah masjid kayu yang telah lama digunakan oleh penduduk kampung. Masjid lama tersebut didirikan pada tahun 1917 dan diperbaharui semula pada tahun 1960 dengan derma orang ramai. Apabila keadaan masjid lama itu sudah tidak sesuai lagi digunakan ditambah lagi dengan lokasi masjid yang jauh dari jalan utama, maka Pengerusi JKKK pada masa itu, En Zainal bin Mohd Dom telah mengambil inisiatif dan berusaha tanpa jemu bagi memastikan Kg Beringin mendapat sebuah masjid yang lebih selesa dan dapat menampung jumlah jemaah yang semakin bertambah. Usaha beliau disambung oleh Pengerusi JKKK seterusnya, Hj Abd Malek bin Hj Wan dan akhirnya impian penduduk Kg Beringin untuk mendapatkan sebuah masjid yang baru telah tercapai apabila ianya siap dibina sepenuhnya pada nulan Mac 1995. Masjid ANNUR Kg Beringin telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka pada ketika itu, Datuk Hj Mohd Zin bin Abdul Ghani pada 17hb April 1995. Kini, Masjid ANNUR Kg Beringin adalah merupakan diantara masjid yang terindah terdapat didalam DUN Durian Tunggal.


Share:

UCAPAN PENGERUSI JPKK

LOGO DAN MOTTO

LAGU KG BERINGIN