• Masjid ANNUR Kg Beringin

    Masjid ANNUR Kg Beringin telah dibina diatas tanah seluas 1 ekar dengan harga sekitar RM40,000-00. Masjid ini mempunyai konsep dan struktur yang sama dengan Masjid Negeri Melaka iaitu Masjid Al Azim dan menelan belanja sekitar RM500,000-00.

  • Balai Raya Kg Beringin

    Balai Raya Kg Beringin yang baru telah didirikan pada sekitar tahun 2007 di dalam kawasan perkarangan masjid dengan peruntukan sebanyak RM80,000-00.

  • Bilik Gerakan JPKK

    JPKK Kg Beringin telah berjaya membina sebuah Bilik Gerakan. Sebelum ini, mesyuarat telah diadakan diruangan pentas yang juga berfungsi sebagai Bilik Mesyuarat di dalam Balai Raya Kg Beringin.

  • Dataran Wawasan

    Sempena Majlis Dialog bersama YB Ahli Parlimen Alor Gajah ketika itu,YB Datuk telah meluluskan peruntukan sebanyak RM15,000-00 bagi membina sebuah pentas serbaguna di Balai Raya Kg Beringin.

  • Anjung Niaga JPKK

    Anjung Niaga JPKK Kg Beringin dibina apabila Balai Raya lama Kg Beringin diubahsuai menjadi 5 lot kedai dan mula disewa pada tahun 2007.

  • Zon Futsal

    Zon Futsal Kg Beringin adalah merupakan satu lagi mercutanda Kg Beringin. Bermula sekitar tahun 2007 semasa lawatan YDP Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) ketika itu,beliau telah mengumumkan peruntukan seebanyak RM20,000-00 bagi membina sebuah gelanggan futsal.

TAKWIM AKTIVITI TAHUN 2025

 



Share:

GOTONG ROYONG MENGECAT BALAI RAYA KG BERINGIN

 Aktiviti    : Gotong Royong Mengecat dan Mengemas Balai Raya Kg Beringin
Tarikh    :  19 Januari 2025  Ahad
Masa    : 9.00 pagi
Tempat   : Balai Raya Kg Beringin

Satu aktiviti gotong royong mengecat dan mengemas Balai Raya Kg Beringin telah dilaksanakan bertujuan untuk mencantik dan menceriakan kawasan luar serta dalam Balai Raya Kg Beringin. Lanjutan daripada keadaan cat dinding yang telah terkopek terutama dibahagian hadapan balai raya, maka satu aktiviti mengecat semula dinding telah diadakan bersama Ahli Jawatankuasa JPKK Kg Beringin serta Petugas PMH Kg Beringin.

Beberapa barangan yang tidak digunakan lagi kerana telah rosak seperti meja, penghawa dingin serta papan kenyataan turut dilupuskan dalam aktiviti ini. Aktiviti ini turut dihadiri oleh YB Datuk Zahari bin Abd Kalil, ADUN Durian Tunggal dan diakhiri dengan jamuan ringan.

JPKK Kg Beringin mengucapkan terima kasih kepada barisan Ahli Jawatankuasa JPKK dan Petugas PMH yang hadir bagi menjayakan aktiviti ini.

Sila klik disini untuk Galeri penuh di laman facebook.



Share:

BUKU PELAWAT JPKK KG BERINGIN

 

Share:

CERAMAH ISRA' MIKRAJ BERSAMA USTAZ SYAMSUL DEBAT

 Aktiviti    : Ceramah Isra' Mikraj bersama Ustaz Syamsul Debat
Tarikh    :  3 Januari 2025  Jumaat
Masa    : selepas solat Maghrib
Tempat : Masjid An-Nur Kg Beringin

Sempena menyambut Israk Mikraj, pihak Lembaga Masjid An-Nur Kg Beringin dengan kerjasama JAPERUN Durian Tunggal telah menganjurkan satu ceramah agama bertajuk "Menyingkap Rahsia Keimanan disebalik Isra' Mikraj". Penceramah yang diundang bagi program ini adalah Yg Berbahagia Ustaz Shamsul Amri Ismail yang lebih dikenali sebagai Ustaz Syamsul Debat.
Ustaz Syamsul Debat telah mengupas peristiwa Isra' Mikraj dengan begitu baik sekali dengan menceritakan perjalanan Nabi Muhammad saw selama 3/4 malam sepanjang peristiwa teersebut. Seterusnya Nabi Muhammad saw diangkat secara fizikal melalui mikraj (tangga emas dan perak) dari bumi ke langit ke-7 hingga ke Sidratul Muntaha dan bertemu dengan Allah.
Majlis ceramah ini telah mendapat sambutan daripada Warga Beringin dan penduduk sekitarnya. Majlis yang turut dihadiri YB Datuk Zahari bin Abd Kalil, ADUN Durian Tunggal ini berakhir dengan solat Isyak serta jamuan.

Sila klik disini untuk Galeri penuh dilaman facebook.


Share:


UCAPAN PENGERUSI JPKK

LOGO DAN MOTTO

LAGU KG BERINGIN