• Masjid ANNUR Kg Beringin

    Masjid ANNUR Kg Beringin telah dibina diatas tanah seluas 1 ekar dengan harga sekitar RM40,000-00. Masjid ini mempunyai konsep dan struktur yang sama dengan Masjid Negeri Melaka iaitu Masjid Al Azim dan menelan belanja sekitar RM500,000-00.

  • Balai Raya Kg Beringin

    Balai Raya Kg Beringin yang baru telah didirikan pada sekitar tahun 2007 di dalam kawasan perkarangan masjid dengan peruntukan sebanyak RM80,000-00.

  • Bilik Gerakan JPKK

    JPKK Kg Beringin telah berjaya membina sebuah Bilik Gerakan. Sebelum ini, mesyuarat telah diadakan diruangan pentas yang juga berfungsi sebagai Bilik Mesyuarat di dalam Balai Raya Kg Beringin.

  • Dataran Wawasan

    Sempena Majlis Dialog bersama YB Ahli Parlimen Alor Gajah ketika itu,YB Datuk telah meluluskan peruntukan sebanyak RM15,000-00 bagi membina sebuah pentas serbaguna di Balai Raya Kg Beringin.

  • Anjung Niaga JPKK

    Anjung Niaga JPKK Kg Beringin dibina apabila Balai Raya lama Kg Beringin diubahsuai menjadi 5 lot kedai dan mula disewa pada tahun 2007.

  • Zon Futsal

    Zon Futsal Kg Beringin adalah merupakan satu lagi mercutanda Kg Beringin. Bermula sekitar tahun 2007 semasa lawatan YDP Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) ketika itu,beliau telah mengumumkan peruntukan seebanyak RM20,000-00 bagi membina sebuah gelanggan futsal.

RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KG BERINGIN

 Aktiviti  : Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kg Beringin
Tarikh  : 6 Mei 2024  Isnin
Masa  : 8.00 mlm - 10.00 mlm
Tempat  : Balai Raya Kg Beringin

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2024, JPKK Kg Beringin telah menganjurkan satu majlis Rumah Terbuka Aidilfitri untuk Warga Kg Beringin dan Taman Inang Sari. Majlis anjuran bersama JPKK Kg Beringin, Lembaga Masjid An-Nur Kg Beringin, KRT Taman Inang Sari dan Komuniti Madani Kg Beringin ini telah mendapat sambutan yang amat luar biasa daripada Warga Kg Beringin dan Taman Inang Sari.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Imam Hj Sanusi bin Sujak, Imam 1 Masjid An-Nur Kg Beringin dan selepas itu para tetamu dijemput untuk menikmati juadah yang disediakan. Antara kiosk juadah yang dibuka adalah Ketupat dan Rendang, Mee Goreng, Lempeng Kelapa, Baby Cakoi, Satay, Air Balang, Nasi Lemak dan goodies untuk kanak kanak.

Para tetamu juga turut disajikan dengan tarian tradisional oleh penari dari SK Duyong yang telah mempersembahkan tarian menerusi 4 buah lagu traditional dan lagu raya. Pemberian duit raya dipentas utama kepada kanak kanak yang hadir turut dilaksanakan oleh YB ADUN Durian Tunggal selaku Ketua UMNO Cawangan Kg Beringin bersama sama dengan Ketua Wanita UMNO Cawangan, Ketua Pemuda UMNO Cawangan dan Ketua Puteri UMNO Cawangan Kg Beringin. Pertunjukan bunga api juga turut memeriahkan lagi majlis ini.

Turut hadir di dalam majlis ini adalah  Datuk Ashraf Mukhlis bin Minghat yang mewakili Ahli Parlimen Alor Gajah, Pegawai Penerangan Daerah Alor Gajah dan kepimpinan UMNO Bahagian Alor Gajah serta kepimpinan UMNO DUN Durian Tunggal. 

Majlis berakhir sekitar jam 10.00 malam dan JPKK Kg Beringin mengucapkan ribuan terima kasih diatas kehadiran Warga Kg Beringin, Warga Taman Inang Sari serta para jemputan luar yang telah sudi memeriahkan majlis ini.

Sika klik disini untuk Galeri Penuh di laman facebook. 




Share:

MAJLIS MERAIKAN BAKAL HAJI TAHUN 2024

 Aktiviti    :  Meraikan Bakal Haji Tahun 2024
Tarikh       :  2 Mei 2024  Khamis
Masa         :  selepas solat Maghrib
Tempat      :  Masjid An-Nur Kg Beringin

Satu majlis untuk meraikan bakal bakal Haji Warga Kg Beringin dan Taman Inang Sari telah dianjurkan oleh pihak Lembaga Masjid An-Nur Kg Beringin. Majlis dimulakan dengan bacaan surah Yassin selepas solat Maghrib oleh para jemaah yang dipimpin oleh Imam Hj Sanusi bin Sujak, Imam 1 Masjid An-Nur Kg Beringin. Setelah selesai, bacaan doa selamat telah diadakan dan selepas itu satu majlis penyampaian saguhati kepada bakal bakal Jemaah Haji telah disempurnakan oleh YB Tuan Zahari bin Abd Kalil, ADUN Durian Tunggal.

Terdahulu, didalam ucapan YB, beliau berharap bakal bakal haji akan dipermudahkan segala urusan mengerjakan haji dan mendapat haji yang mabrur. Beliau seterusnya mendoakan agar para bakal bakal haji Kg Beringin dan Taman Inang Sari selamat didalam perjalanan pergi dan balik dalam urusan menunaikan ibadah haji ini.

Senarai Nama Bakal Haji Kg Beringin dan Taman Inang Sari :-
  1. En Baharudin bin Mohd
  2. Puan Siti Norshamshatul Nahar binti Anuar
  3. Puan Fatimah binti Md Akhir
  4. En Rahman bin Hassan
Majlis diakhiri dengan jamuan ringkas.

Sila klik disini untuk Galeri penuh dilaman facebook.






Share:

TAKWIM AKTIVITI TAHUN 2024

 


Share:

JOM KACAU DODOL DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN

 Aktiviti : Jom Kacau Dodol & Penyampaian Sumbangan.
Tarikh  : 31 Mac 2024  Ahad
Masa : 9.00 pagi - 7.30 mlm
Tempat : Perkarangan Zon Futsal Kg Beringin

JPKK Kg Beringin, Lembaga Masjid An-Nur Kg Beringin, KRT Taman Inang Sari serta Belia 4B Cawangan Kg Beringin telah bergabung bagi menjayakan Program Jom Kacau Dodol pada tahun 2024 ini. Sebanyak 3 kawah dodol telah mula di kacau seawal jam 9.00 pagi dengan kerjasama daripada para penduduk terutama dari golongan Belia yang hadir bagi menjayakan program tersebut. Suasana meriah dan mesra dapat dilihat apabila para hadirin mengambil tempat dan bahagian masing masing untuk mengacau dodol.

Pada jam 5.30 petang, YB ADUN Durian Tunggal telah hadir bagi majlis penyampaian sumbangan kepada anak anak yatim, ibu tunggal serta warga emas Kg Beringin. Seramai 11 orang anak yatim telah menerima sumbangan duit raya dan kuih raya dari Lembaga Masjid An-Nur Kg Beringin sementara 57 orang Warga Emas dan Ibu Tunggal telah menerima sumbangan daripada YB ADUN Durian Tunggal, YB Tuan Zahari bin Abd Kalil.

Menerusi program ini juga, kawasan sekitar tugu Kg Beringin telah mula di pasang dengan hiasan lampu pelita raya bagi memeriahkan lagi suasana Hari Raya pada tahun ini.

Acara mengacau dodol telah berjaya diselesaikan pada jam 6.00 petang dan kemudiannya di packing untuk diagihkan kepada penduduk Kg Beringin dan Taman Inang Sari. Program ini berakhir dengan jamuan berbuka puasa bersama urusetia program serta YB ADUN Durian Tunggal.

Sila klik disini untuk Galeri Penuh di laman Facebook.


Share:

UCAPAN PENGERUSI JPKK

LOGO DAN MOTTO

LAGU KG BERINGIN